- Lain-lain
'Kekang China dengan Isu Taiwan' Nescaya Gagal
China menzahirkan ketidakpuasan, dan membantah sekeras-kerasnya penjualan senjata Amerika Syarikat (AS) kepada Taiwan.
Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Zhang Xiaogang mengatakan demikian ketika mengulas tentang Jabatan Negara AS meluluskan pelan penjualan senjata bernilai USD500 juta kepada Taiwan.
Beliau berkata, AS menjual senjata kepada kawasan Taiwan China merupakan tindakan buruk yang mencampuri urusan dalaman China. Ia membelakangi prinsip satu China, tiga pengumuman bersama China-AS, dan "Pengumuman 17 Ogos", mengancam keselamatan dan kesejahteraan penduduk Taiwan serta kedamaian dan kestabilan di kawasan Selat Taiwan.
Menurutnya, isu Taiwan merupakan teras dalam kepentingan teras China dan merupakan asas politik bagi hubungan antara China dengan AS. Isu itu juga garis merah yang tidak boleh dilintasi.
China menuntut AS menunaikan janjinya yang tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan', berhenti memberikan senjata kepada Tiawan dengan serta mereka, dan berhenti meningkatkan hubungan ketenteraan dengan Taiwan.
'Mengekang China dengan isu Taiwan' dan 'mewujudkan kemerdekaan Taiwan melalui ketenteraan' nescaya akan gagal.
Beliau menegaskan, Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) sentiasa dalam keadaan bersiap siaga untuk membela kedaulatan negara dan keutuhan wilayah serta kedamaian dan kestabilan di kawasan Selat Taiwan.
- Rondaan dan Latihan PLA di Sekitar Taiwan
- China Bantah Keras Lawatan 'Transit' Lai Ching-te ke AS
- China Sangkal Lawatan 'Transit' Lai Ching-te ke AS
- AS Digesa Tarik Balik Akta Berkaitan Taiwan
- China Bantah Keras Bantuan Ketenteraan AS kepada Taiwan
- Jangan Hantar Isyarat Salah kepada Pemisah ‘Kemerdekaan Taiwan’
- Forum Selat ke-15 Lakar Hasil Memberangsangkan
- China Tegas Jaga Kedaulatan Negara
- Usah Cetuskan Ketegangan di Selat Taiwan: MFA
- Rundingan Pegawai Kanan China-AS di Beijing