- Lain-lain
Menunjuk-nunjuk Kekuatan, Barulah Tindakan Agresif: MFA
Langkah-langkah sewajarnya yang diambil Pengawal Pantai China untuk mempertahankan kedaulatan negara serta hak dan kepentingan maritim tiada cacat celanya.
Pendirian itu ditegaskan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Wang Wenbin menyusuli kenyataan Komander Armada Ketujuh Amerika Syarikat (AS), Naib Laksamana Karl Thomas di Filipina baru-baru ini.
Dilaporkan, Karl mendakwa 'tindakan agresif' China di Laut China Selatan mesti dicabar dan diperiksa.
Untuk itu, Wang membalas dengan menyelar dakwaan itu memutarbelitkan fakta dan mencetuskan api perselisihan, sekali gus menunjuk-nunjukkan kekuatan tentera.
Beliau berkata kehadiran kapal perang AS di Laut China Selatan merupakan tindakan agresif.
“AS perlu menghormati kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim China di Laut China Selatan, selain menjunjung tinggi usaha negara rantau dalam memelihara keamanan perairan berkenaan,” kata Wang dalam taklimat harian di Beijing pada Isnin.
Beliau turut mengingatkan negara berkenaan supaya jangan melemparkan kata-kata buruk ataupun mengambil tindakan yang tidak kondusif untuk ketenteraman rantau, dan mengelak daripada menjadi pengganggu dan saboteur keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.
- Wang Yi Hurai Situasi Semasa Laut China Selatan
- Filipina Digesa Taati Janji, Henti Tindakan Provokatif
- Pengawal Pantai China Usir Kapal Filipina Meninggalkan Terumbu Ren'ai
- Keputusan Timbang Tara Mengenai Laut China Selatan Tidak Sah
- LCS Tidak Sepatutnya Dijadikan Padang Memburu Kuasa Luaran
- China Tidak Berpuas Hati terhadap Pengumuman Bersama AS-Filipina
- Lihat Jelas Siapa Penghasut, Jangan Jadi Boneka: MFA
- China, Filipina Sepakat Sambungkan Rundingan Penerokaan Minyak dan Gas Asli
- Kapal Tentera AS Rempuh Perairan Kepulauan Nansha China
- PM China Yakin Kerjasama Persahabatan dengan ASEAN Makin Pelbagai