- Lain-lain
Kantin Atlet Sukan Asia Hangzhou Sedia Terima Tetamu
Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia ke-19 memaklumkan pada Isnin bahawa kerja-kerja persediaan kantin atlet Sukan Asia Hangzhou telah selesai, dan operasi akan bermula secara rasmi pada 9 September nanti. Turut diumumkan enam hidangan yang bakal disajikan di kantin tersebut, termasuklah daging Dong Po, sup ikan Song Sao, udang tumis, daging lembu goreng daun bawang, tulang rusuk bawang putih dan daging goreng.
Enam hidangan yang diumumkan terlebih dahulu di kantin atlet Sukan Asia Hangzhou. (China News Service/Guo Tianqi)
Dimaklumkan, kantin itu akan memakai model layan diri dan menawarkan pelbagai jenis hidangan termasuk masakan gaya China, Asia Timur, Asia Selatan, Timur Tengah dan Eropah. Pizza Hut dan KFC juga ditawarkan.
Menu kantin itu telah banyak menerapkan unsur tempatan dan juga membuat pengubahsuaian mengikut keperluan para atlet. Misalnya, daging Dong Po yang resipi asalnya menggunakan daging khinzir, dioleh supaya diperbuat daripada daging lembu.
Kantin atlet Sukan Asia Hangzhou. (China News Service/Guo Tianqi)
Kerja-kerja persediaan kantin atlet Sukan Asia Hangzhou telah selesai. (China News Service/Guo Tianqi)
- Lagu Tema Sukan Asia Hangzhou Diumumkan
- Dua Acara pertandingan Kasut Roda Dibatalkan dalam Sukan Asia Hangzhou
- Penjualan Tiket Sukan Asia ke-19 Dimulakan Isnin
- Platform Metaverse Sukan Asia ke-19 Dilancarkan
- Kereta Api Sukan Asia Hangzhou Jalan Ujian Operasi
- Pusat Logistik Sukan Asia Hangzhou, Jaminan Teguh bagi Operasi Temasya Sukan
- Tren Laju Fuxing Rekaan Khas Sukan Asia Hangzhou Dirasmikan
- Sukan Asia Tonjol Warisan Budaya Tidak Ketara China
- Persiapan Kemudahan Mesra OKU bagi Sukan Para Asia ke-4
- Portal Sukan Asia ke-19 Hangzhou Dirasmikan untuk Penjualan Tiket