99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

BRF Ketiga Diadakan di Beijing pada Oktober

(CRI)Jumaat 01 September 2023

China akan mengadakan Forum Jalur dan Laluan (BRF) ke-3 di Beijing pada Oktober nanti, yang juga sempena meraikan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada Khamis, ia sekali gus menjadi kerjasama penting pelbagai pihak dalam usaha membangunkan BRI secara berkualiti tinggi.

"BRI yang memfokuskan kepada kesalinghubungan bertujuan untuk menyediakan platform baharu kepada kerjasama ekonomi antarabangsa, di samping menjadi penjana bagi pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi sejagat.

"Sejak dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping pada sedekad yang lalu, inisiatif terbabit diiktiraf sebagai produk awam yang paling diminati masyarakat antarabangsa dan wahana kerjasama antarabangsa dengan skala terbesar," kata beliau.

Tambah Wang, pada sepuluh tahun yang lalu, China telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan lebih 150 negara dan 30 pertubuhan antarabangsa, dengan menyaksikan hasil yang melimpah.

Jelasnya, lebih 3,000 projek kerjasama dalam kerangka berkenaan telah menarik pelaburan bernilai USD1 trilion (RM4.64 trilion), yang merangkumi projek ikonik negara dan berkait dengan kehidupan rakyat.

"China akan memanfaatkan momentum BRF ke-3, mengambil pengalaman dan menggariskan cetak biru bagi mendorong pembangunan bermutu tinggi BRI," kata Wang.

Video

Berita Berkaitan