- Lain-lain
Indeks Pembangunan PKS China Naik Tiga Bulan Berturut-turut
Indeks pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) China mengekalkan trend peningkatan dan merekodkan 89.4 pada Ogos, naik 0.1 peratus berbanding Julai lalu.
Peningkatan indeks tersebut selama tiga bulan berturut-turut adalah ekoran pelaksanaan dasar kerajaan untuk meningkatkan permintaan domestik, mengurangkan cukai dan fee, menggalakkan pembangunan perusahaan swasta, mendorong kecairan modal dan lain-lain.
Demikian diumumkan oleh Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana China (CASME) hari ini.
Ketua Setiausaha CASME, Xie Ji berkata bahawa ini merupakan pertama kali indeks tersebut naik selama tiga bulan berturut-turut, dalam tempoh lebih setahun lalu. Pencapaian prestasi yang baik ini bukanlah perkara mudah tatkala persekitaran domestik dan antarabangsa yang rumit pada masa ini.