- Lain-lain
Bina Pejabat Am Jawatankuasa Parti dan Kerajaan sebagai Organ Teladan, kata Xi
Presiden China Xi Jinping mahu usaha diperkasakan untuk membina pejabat am jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) dan kerajaan sebagai organ teladan yang boleh dipercayai dan memenuhi harapan rakyat.
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat membuat penekanan itu dalam arahan mengenai kerja pejabat am pada era baharu, mutakhir ini.
Menurut beliau, pejabat am jawatankuasa Parti dan kerajaan memainkan peranan istimewa dan signifikan dalam sistem tadbir urus Parti dan negara, serta menggalas misi yang amat penting, sehingga memberikan sumbangan besar dalam mendorong pembangunan Parti dan negara.
Xi menegaskan bahawa dalam perjalanan baharu, pejabat am Parti dan kerajaan harus melaksanakan tugas politik, mempergiat pentadbiran Parti yang ketat secara menyeluruh, dan membina kumpulan pegawai yang cekap, profesional, taat setia, integriti dan amanah, menyumbang lebih besar kepada pembangunan negara serta kebangkitan bangsa.