- Lain-lain
China Terus Tingkatkan Tahap Keterbukaan dari Segi Institusi
China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan dari segi institusi demi membentuk Paradigma Pembangunan Baharu.
Demikian ujar Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC), Cong Liang dalam satu taklimat dasar yang diadakan secara berkala di Beijing pada Rabu.
"Pertumbuhan nilai tambah industri yang bersaiz tertentu dan jumlah jualan runcit barangan penggunaan semakin pulih pada bulan Ogos, kemerosotan mengecil dalam bidang import dan eksport, dan indeks harga pengguna bertukar daripada kecenderungan jatuh kepada meningkat, jelas Cong.
Dalam pada itu, indeks harga pengeluar perindustrian dan keuntungan sektor korporat terus mengecil dalam kecenderungan menurun, kadar pengangguran di kawasan pekan dan bandar menurun sedikit, Indeks Pembelian Pengurus (PMI) industri pembuatan terus melantun, faktor positif dalam operasi ekonomi bertambah banyak, dan prospeknya turut bertambah baik.
"Di sebalik inflasi yang berleluasa di dunia baru-baru ini, harga barangan China kekal pada julat yang rendah. Bagaimanapun, ekonomi negara ini tidak mempunyai apa yang disebut masalah deflasi, ujar beliau.
"Pendapat mengenai Meningkatkan Tahap Keterbukaan dari Segi Institusi demi Membentuk Paradigma Pembangunan Baharu" telah disemak dan diluluskan dalam mesyuarat ke-2 Jawatankuasa Pusat Pembaharuan Komprehensif pada Julai lalu.
"NDRC akan meningkatkan usaha dalam memperincikan reformasi institusi dan mekanisme dalam bidang utama, meningkatkan tahap keterbukaan dari segi institusi ekonomi, dan memperkasa penyelarasan antara tiga aspek iaitu penggubalan dasar, peningkatan keterbukaan dan keterjaminan keselamatan wilayah demi membentuk Paradigma Pembangunan Baharu," tambah Cong.
- Xi Beri Penekanan Ekonomi Terbuka, Peralihan Tenaga
- Xi Tinjau Jiangsu Sasarkan Pembinaan Sistem Perindustrian Moden
- Tulis Bab Baharu bagi Pembaharuan dan Pintu Terbuka: Xi
- China Sokong dan Galakkan Ekonomi Dunia yang Terbuka
- China "Actionist" dalam Melaksanakan Keterbukaan Bertahap Tinggi
- China Komited Luaskan Keterbukaan
- China Terus Permudahkan Pertukaran Rentas Sempadan
- Pertahan Multilateralisme, Pelihara Sistem Perdagangan Multilateral: Xi
- China Ulang Komitmen Terus Perluas Keterbukaan
- China Terbuka Terus