- Lain-lain
Sukan Asia Hangzhou: Kontinjen China Raih 105 Pingat Emas
Tanggal 29 September ialah hari keenam sejak pertandingan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou dimulakan. Kontinjen China kini menduduki tempat pertama dalam kutipan pingat dengan 105 emas, 63 perak dan 32 gangsa.
Dalam perlumbaan 20 kilometer jalan kaki lelaki, atlet China berjaya meraih emas dan perak, sekali gus menyumbangkan pingat emas pertama kepada kontinjen China dalam acara olahraga pada Sukan Asia edisi ini.
Selain itu, atlet China juga memenangi emas dan perak dalam perlumbaan jalan kaki 20 kilometer wanita.
Di venue renang, Qin Haiyang memecahkan rekod pertandingan dan memenangi pingat emas dalam acara 50 meter kuak dada lelaki, menyumbangkan pingat emas ke-100 kepada kontinjen China dalam Sukan Asia ini.
Sehingga 29 September, pasukan renang China telah menamatkan penglibatan mereka dalam Sukan Asia kali ini, dengan kutipan 28 pingat emas.
Dalam pada itu, pada separuh akhir beregu campuran ping pong, pemain China Wang Chuqin dan Sun Yingsha, serta Lin Gaoyuan dan Wang Yidi masing-masing menewaskan pesain mereka dari Korea Selatan dan berjaya mara ke peringkat final.
- Sukan Asia Hangzhou: Pelbagai Cara Pembayaran Mudahkan Warga Asing
- Sukan Asia Rangsang Pelancongan Sekitar Hangzhou
- Naib Pengerusi IOC: Presiden Xi, Rakan Penting Usaha Olimpik
- Singkap Wajah Baharu Hangzhou dalam Sukan Asia
- Acara E-sukan Sukan Asia ke-19 Bermula Semalam
- Ketua Kontinjen Malaysia: Senyuman Sukarelawan Sukan Asia Hangzhou Tawan Hati Saya
- Majlis Pembukaan Sukan Asia Hangzhou Menyerlah dengan Gabungan Inovasi-Kebudayaan
- Pingat Perak Pertama Brunei dalam Sukan Asia
- Xi Umum Perasmian Sukan Asia ke-19
- Xi Hadiri Upacara Perasmian Sukan Asia ke-19