99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Bertemu PM Thailand

(CRI)Jumaat 20 Oktober 2023

Presiden China Xi Jinping bertemu Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga, pada Khamis.

Xi berkata China bersedia bekerjasama dengan Thailand untuk terus memberi konotasi baharu kepada jalinan kedua-dua negara yang rapat seperti keluarga, dan menjelmakan ikatan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama menjadi penggerak kerjasama saling untung.

Menurut beliau, China dan Thailand harus menjadi pelopor pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara berkualiti tinggi.

"Kerjasama melibatkan landasan kereta api, ekonomi digital, pembangunan hijau dan tenaga baharu perlu terus dipergiatkan, dan pertukaran sosiobudaya diperluas.

"Selain itu, usaha harus dipertingkat untuk membanteras jenayah rentas sempadan seperti penipuan telekomunikasi sehingga mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pembangunan kedua-dua negara," ujar Xi.

Dalam pada itu, Srettha berkata Thailand akan bergerak sehaluan dengan China untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama negara yang lebih stabil, makmur dan mampan.

"Diharap kedua-dua pihak memperdalam kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang, bersama-sama membina rel Thailand-China dan menggerakkan gagasan kesalinghubungan China-Laos-Thailand," kata beliau.

Video

Berita Berkaitan