- Lain-lain
China Sokong Usaha Damai dalam Konflik Palestin-Israel
Menteri Luar China Wang Yi menyatakan bahawa konflik Palestin-Israel kini sudah menjadi fokus seluruh dunia yang turut menghadapi dua pilihan, iaitu menyokong perang atau kedamaian. China amat bimbang akan situasi yang makin meruncing, dan berasa amat sedih terhadap kematian dan kecederaan orang awam dalam bilangan besar yang diakibatkan konflik itu.
"Kami mengecam semua tindakan biadab yang menyasarkan orang awam, dan menentang sebarang tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa. Setiap negara, walaupun mempunyai hak membela diri, semestinya bertindak mentaati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan memelihara keselamatan orang awam.
"Tugas yang mendesak pada masa ini adalah untuk mencegah situasi daripada menjadi tegang lagi dan mengelakkan malapetaka kemanusiaan yang lebih serius daripada tercetus.
Demikian ujar Wang Yi yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China ketika berhubung dengan rakan sejawatnya dari Israel, Eli Cohen melalui telefon pada Isnin.
"Iktibar yang ngeri dari konflik Pelestin-Israel yang berlarutan membuktikan bahawa hanya dengan memegang konsep keselamatan bersama, barulah dapat mewujudkan keselamatan yang berterusan, manakala hanya dengan mengekalkan arah penyelesaian secara politik, barulah dapat memenuhi keperluan keselamatan Israel yang rasional.
"Palestin dan Israel diharap kembali ke arah yang tepat yang berlandaskan 'Penyelesaian Dua Negara' yang sudah merupakan konsensus masyarakat antarabangsa dengan secepat mungkin, dan menyambung semula rundingan damai agar kedua-dua negara ini hidup bersama secara damai.
"China teguh menyokong semua usaha yang berfaedah bagi kedamaian dan penyelesaian konflik itu," Tambah Wang.
Beliau juga berharap pihak Israel mengambil langkah berkesan untuk memelihara keselamatan warganegara dan agensi China di negaranya.
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou
- Zhai Jun Hadiri Sidang Kemuncak Isu Palestin
- China, Qatar Kecam Serangan terharap Warga Awam
- Gencatan Senjata Perlu Diwujudkan Secepat Mungkin, Kata Wang Yi
- China Seru Gencatan Senjata dalam Konflik Palestin-Israel
- Konflik Palestin-Israel Pusingan Baharu Ragut 400 Nyawa
- Kenyataan Mesir-Jordan-Palestin Tegaskan Sokongan terhadap Hak dan Kepentingan Rakyat Palestin
- China Seru Elakkan Situasi Palestin daripada Tidak Terkawal
- Pertemuan antara Fatah dengan Hamas di Turkiye
- China Huraikan Pendirian atas Isu Palestin di Sesi UNHRC
- Pendirian China dalam Isu Palestin Konsisten