99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Gencatan Senjata Mesti Dijadikan Keutamaan Pertama

(CRI)Rabu 25 Oktober 2023

Semestinya menjadikan gencatan senjata yang menyeluruh antara Palestin dan Israel sebagai keutamaan yang pertama.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun berkata sedemikian ketika menghadiri perdebatan terbuka anjuran Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Palestin-Israel pada Selasa.

"Berhadapan dengan seruan masyarakat antarabangsa yang begitu lantang, UNSC semastinya menggunakan perkataan yang jelas dan tegas untuk menuntut gencatan senjata dilakukan dengan segera, kata Zhang."

"China menyeru Israel menghentikan serangan udara terhadap kawasan sekitar pintu sempadan Rafah supaya dapat menyediakan syarat untuk memastikan pengoperasian yang normal dan kelicinan laluan bantuan terjamin."

"Konflik Palestin-Israel berpunca dari penaklukan Israel secara haram di wilayah Palestin dalam tempoh masa panjang yang lalu, hak rakyat Palestin bagi menubuhkan negara sendiri berada dalam keadaan terabai, dan hak asas rakyat Palestin tidak terjamin. Melaksanakan 'Penyelesaian Dua Negara' adalah pendekatan asas bagi menyelesaikan konflik itu dan mewujudkan hidup damai antara Palestin dan Israel," ulas lanjut Zhang.

"China teguh menyokong semua usaha yang berfaedah bagi kedamaian dan akan berusaha dengan sedapat mungkin demi penyelesaian konflik itu," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan