99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

PM China Kemukakan Empat Cadangan kepada SCO

(CRI)Jumaat 27 Oktober 2023

Perdana Menteri China, Li Qiang telah menghadiri mesyuarat ke-22 Majlis Pemimpin Kerajaan (Perdana Menteri) Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan semalam waktu tempatan.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Kyrgyzstan, Sadyr Nurgozhoevich Japaro tersebut, Li telah mengemukakan empat cadangan untuk mengeratkan kerjasama SCO. Pertama, memperkukuh pelindung keselamatan serantau untuk menangkis campur tangan dari luar. Kedua, mendorong pemulihan ekonomi, memastikan kestabilan dan kelancaran rantai perindustrian serta pembekalan. Ketiga, mendorong pembinaan dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang sudah menjadi produk awam antarabangsa yang mendapat sambutan yang paling besar di pentas dunia dan wahana kerjasama antarabangsa yang paling besar, di samping terus mempergiat pembinaan koridor ekonomi yang utama. Keempat, mendorong persefahaman dalam kalangan rakyat dan terus memperhalusi kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan sukan.

Selain itu, Li Qiang telah menandatangani dan mengeluarkan pengumuman bersama dengan pemimpin anggota SCO, serta meluluskan pelbagai dokumen dan resolusi kerjasama ekonomi, perdagangan, landasan kereta api dan pembinaan mekanisme.

Turut hadir, Perdana Menteri Kazakhstan, Alikhan Smailov, Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin, Perdana Menteri Tajikistan, Rasulzoda Qohir, Perdana Menteri Uzbekistan, Abdulla Nigmatovich Aripov, Naib Presiden Pertama Iran, Mohammad Mokhber, Menteri Luar India, Menteri Luar Pakistan serta perwakilan dari negara pemerhati.

Video

Berita Berkaitan