- Lain-lain
Chaozhou, Chongqing, Dipilih untuk Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO
Dua bandar di China iaitu Chaozhou dan Chongqing telah dipilih oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menyertai UNESCO Creative Cities Network (UCCN).
UNESCO dalam satu kenyataan media pada Selasa menyatakan bahawa kedua-dua bandar raya China itu dipilih bersama-sama dengan 53 bandar yang lain di seluruh dunia pada Hari Bandar Sedunia untuk menyertai rangkaian UCCN.
"Bandar baharu diiktiraf mengikut komitmen masing-masing untuk memanfaatkan budaya dan kreativiti sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan, serta mempamerkan amalan inovatif dalam perancangan bandar yang berpusatkan manusia," kata UNESCO.
Foto yang diambil pada 14 Februari 2021 memperlihatkan pemandangan bandar Chaozhou di provinsi Guangdong, selatan China. (Xinhua/Liu Dawei)
Difahamkan, Chaozhou dan Chongqing masing-masing telah diberikan status Kota Kreatif Gastronomi dan Reka Bentuk.
"Bandar dalam Rangkaian Bandar Kreatif kami sedang menerajui usaha mempertingkat akses kepada budaya serta merangsang kreativiti untuk daya tahan dan pembangunan bandar," ujar Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay.
Bandar-bandar yang baru tersenarai itu akan bekerjasama dengan anggota lain dalam rangkaian untuk mengukuhkan daya tahan masing-masing dalam menghadapi ancaman seperti perubahan iklim, peningkatan kesenjangan dan pembandaran yang pesat.
Menurut UNESCO, menjelang tahun 2050, populasi penduduk dunia yang dijangka tinggal di kawasan bandar adalah sebanyak 68 peratus.
Foto yang diambil pada 30 Oktober 2023 ini menunjukkan pemandangan Bandar Raya Chongqing di barat daya China. Terletak di hulu Sungai Yangtze, Chongqing terus-menerus memperkukuh kebolehannya dalam menjadi penghalang ekologi yang ketara. (Xinhua/Wang Quanchao)
- Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI
- Wartawan Eurasia Teroka Warisan Budaya Tak Ketara Etnik Miao di Guizhou
- Kekayaan dari Tanah Tandus: “Paya Garam” Terbesar di China
- Wartawan Eurasia Rasai Debaran pada Ketinggian 370 Meter di Guizhou
- Wartawan Asing Saksi Kehangatan Liga Bola Keranjang Desa di Guizhou
- China Bersedia Tingkatkan Kerjasama dengan UNESCO demi Keamanan dan Pembangunan Dunia
- China Sokong Kerja PBB dalam Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita
- AS Diharap Lunaskan Hutang Sebelum Kembali ke UNESCO
- UNESCO Luluskan Resolusi Penubuhan Institusi Pendidikan STEM di Shanghai
- Festival Dokumentari China Diadakan di Ibu Pejabat UNESCO
- Tahniah Peng Liyuan untuk Majlis Penyampaian Hadiah UNESCO 2022