- Lain-lain
Tadbir Urus Ekonomi Digital Jadi Fokus Forum Hongqiao
Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao edisi keenam diadakan di Shanghai bersempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) 2023 yang membuka tirai pada Ahad.
Naib Menteri Perdagangan Sheng Qiuping berkata kerajaan China mengutamakan ekonomi digital dan memperkenalkan siri pendekatan bagi menjana pembangunan sektor berkenaan.
Selain itu, China juga aktif memperdalam kerjasama antarabangsa untuk membina sistem tadbir urus ekonomi digital.
“China komited mendorong pembentukan landskap tadbir urus ekonomi digital yang bersandarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi.
"China akan terus berusaha ke arah menganggotai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) serta Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital (DEPA)," kata beliau dalam satu subforum di bawah segmen ‘keterbukaan dan inovasi’.
Menurut Sheng, China telah menubuhkan mekanisme bilateral berkaitan kerjasama e-dagang dengan 30 buah negara.
Pengarah Eksekutif Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pamela Coke-Hamilton pula berkata kesalinghubungan digital membawa banyak peluang kepada dunia, sekali gus memacu pembaharuan yang lebih mendalam.
- Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI
- Wartawan Eurasia Teroka Warisan Budaya Tak Ketara Etnik Miao di Guizhou
- Kekayaan dari Tanah Tandus: “Paya Garam” Terbesar di China
- Sanjiangyuan: Selangkah Saja dari Langit
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Sedia Bersama Teroka Jalan Menuju Pemodenan
- Netizen di China Cecah 1.079 Bilion
- Persidangan Ekonomi Digital Global 2023 Tumpu Pembangunan Pendigitalan
- Persidangan Ekonomi Digital Global 2023 Buka Tirai
- Sidang Kemuncak Digital China keenam Buka Tirai
- Indonesia Kerjasama dengan Huawei, Tingkat Transformasi Digital dalam Pendidikan
- Guizhou akan Labur 20B yuan dalam Data Raya
- China Giat Pacukan Ekonomi Digital demi Sediakan Peluang Baharu kepada Dunia
- Ekonomi Gig Menjana pekerjaan di China
- GDTE Edisi Pertama Buka Tirai di Hangzhou
- E-dagang Rentas Sempadan, Peluang buat Bandar Pedalaman China