- Lain-lain
Pemimpin China, AS akan Bincang Isu Penting Hubungan Dua Hala dan Global
Presiden China Xi Jinping akan melawat Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri pertemuan pemimpin China-AS atas undangan pihak AS. Pemimpin kedua-dua negara akan mengadakan perbincangan mendalam tentang hubungan dua hala dan isu-isu penting yang berkaitan dengan keamanan dan pembangunan dunia.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar Negera China Mao Ning dalam sidang media pada Isnin.
Beliau berkata China memandang dan mengendalikan hubungan dengan AS mengikuti tiga prinsip yang dianjurkan oleh Presiden Xi Jinping, iaitu saling hormat, wujud bersama secara damai, dan sama menang.
"Persaingan antara kuasa besar tidak selari dengan arus sezaman dan tidak akan memberikan jawapan kepada masalah yang dihadapi oleh AS atau cabaran global."
"China tidak takut akan persaingan, tapi kami tidak bersetuju hubungan China-AS didefinasikan sebagai persaingan," ujar Mao Ming.
Mao berkata, AS seharusnya menghormati kebimbangan China dan hak pembangunan sah negara ini, sebaliknya bukan hanya menitikberatkan kebimbangan sendiri dan merosakkan kepentingan China.
"China tidak mengejar untuk mengubah AS, dan AS pula tidak seharusnya mengejar untuk membentuk semula atau mengubah China," katanya.
Ketika menyentuh soal Taiwan, Mao Ning menegaskan bahawa soal Taiwan adalah urusan dalaman China dan tidak harus dicampuri pihak luar. Kerajaan AS dalam beberapa benggal telah membuat komitemen jelas mengenai soal Taiwan, dan pihak AS dikehendali benar-benar mematuhi dasar 'satu China' dan menentang 'kemerdekaan Taiwan,'.
Selain itu, Mao Ning juga mengulangi pendirian kerajaan China dalam isu Laut China Selatan. Beliau menegaskan bahawa China komited untuk menyelesaikan pertikaian dengan negara-negara berkaitan melalui rundingan dan perbincangan.
- Medan Minyak Ultra-Dalam Terbesar di China Mula Operasi
- Terokai Muzium Sains dan Teknologi Internet Dunia di Wuzhen
- Dari Latitud 31 hingga 39 Utara, Mari Terokai Keindahan Qinghai
- Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI
- Wartawan Eurasia Teroka Warisan Budaya Tak Ketara Etnik Miao di Guizhou
- Semarakkan "Semangat Keluarga Besar APEC"
- APEC: Penyelarasan Pelbagai Hala, Kunci Tangani Pelbagai Cabaran
- Pakar Indonesia: Menstabilkan hubungan China-AS penting bagi Asia Pasifik
- Tinjauan Umum: 86% Responden Sokong Kembangkan Hubungan China-AS
- Asia Pasifik Manfaatkan Kemakmuran China
- Ekonomi Paling Dinamik Kekal di Asia-Pasifik
- Pekan Cina San Francisco Anjur Aktiviti Sempena Mesyuarat APEC
- Xi Balas Surat Presiden Orkestra Philadelphia
- Xi, Biden Bakal Bertemu di San Francisco
- He Lifeng Temui Janet Yellen