99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Syor Cipta Lagi 'Tiga Dekad Keemasan' Pembangunan Asia Pasifik

(CRI)Isnin 20 November 2023

Mesyuarat ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.

Sepanjang tiga dekad lalu, rantau Asia Pasifik mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam jangka panjang.

Ia menyaksikan pendapatan per kapita meningkat lebih empat kali ganda dan nilai dagangan menduduki hampir separuh keseluruhan global, sekali gus menyumbang 70 peratus daripada pertumbuhan ekonomi sejagat.

Dalam mesyuarat APEC, Presiden Xi Jinping mengesyorkan supaya semua pihak bersama-sama mencipta lagi 'tiga dekad keemasan' untuk pembangunan Asia Pasifik.

Beliau menyarankan agar usaha berkenaan dilaksanakan dengan mengekalkan pacuan inovasi, keterbukaan serta pembangunan hijau dan inklusif yang memberi manfaat buat semua.

Dari perspektif pembangunan bersama, adalah perlu melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan Visi Putrajaya 2040 secara menyeluruh.

Sinergi perlu dibentuk untuk menggerakkan pembangunan rantau Asia Pasifik ke tahap lebih tinggi, sambil memastikan rakyat pelbagai negara menikmati hasil modenisasi.

Banyak gagasan dan idea diajukan Presiden Xi menjadi konsensus masyarakat antarabangsa dan turut diperlihatkan menerusi Deklarasi San Francisco.

Deklarasi itu mengulangi keazaman anggota APEC untuk mewujudkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang bebas, terbuka, adil, tanpa diskriminasi, telus, inklusif dan dapat dijangka.

Organisasi itu komited untuk memastikan keterbukaan pasaran dan menyelesaikan masalah dalam rantaian bekalan.

Usaha juga akan dipergiat untuk mengukuhkan kesalinghubungan infrastruktur, komunikasi dasar dan persefahaman sesama rakyat, di samping menangani perubahan iklim dan menggerakkan transformasi pendigitalan.

Video

Berita Berkaitan