- Lain-lain
Larikan Diri daripada Kesibukan di Taman Yuhai, Shenzhen (3)
Di atas sebuah bukit di pesisir laut, daerah Yantian, bandar Shenzhen, terletak sebuah bangunan yang bentuknya agak mirip dengan kapal angkasa. Tempat ini dipanggil Taman Yunhai (bermaksud Taman Laut Awan secara harfiah), salah satu daripada destinasi paling “trendy” di Shenzhen baru-baru ini. Pada 16 November, wartawan China dan wartawan asing dari People's Daily Online juga ikut melawat tempat yang jauh dari kesibukan kota ini.
Dimaklumkan bahawa Taman Yunhai beroperasi secara rasmi mulai Mei lalu. Tempat ini berhampiran dengan Gunung Meishajian dan Teluk Dapeng, membentuk landskap yang cukup indah lagi menenangkan jiwa.
Bangunan itu dibina dengan bentuk kapal. Di dalamnya terdapat sebuah kafe buku dan sebuah jambatan kaca pejalan kaki. Para pengunjung boleh menghirup kopi sambil membaca buku dan menikmati pemandangan Pelabuhan Yantian.
- CHTF Buka Tirai di Shenzhen, Disertai Pepamer dari Seluruh Dunia
- Roda Ferris Cahaya Kawasan Teluk: Alami Malam Shenzhen yang Romantis di atas Awan
- Wartawan China dan Asing Lawat Pusat Budaya Rekod Masa Shenzhen Fiyta
- Kereta Api Shenzhen-HK Perkenal Tiket Fleksibel
- Nilai Industri Fesyen Moden Shenzhen Cecah RMB1T