- Lain-lain
Mesyuarat Pemimpin China-EU ke-24 di Beijing
Perdana Menteri China Li Qiang bersama-sama Presiden Majlis Eropah Charles Michel dan Presiden Jawatankuasa Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen mempengerusikan Mesyuarat Pemimpin China-Kesatuan Eropah (EU) ke-24 di Beijing pada Khamis.
Li Qiang menyatakan bahawa Presiden Xi dan kedua-dua pemimpin EU telah memberikan pedoman strategik untuk mengeratkan lagi hubungan China-EU.
"Dunia mengalami perubahan yang amat besar ketika ini. Oleh itu, kita harus mencari 'unsur tidak berubah' daripada perubahan itu, iaitu mengekalkan dialog dan menentang konfrontasi, meneruskan kerjasama dan menentang cantas hubungan, mempertahankan keamanan dan menentang konflik, supaya menguasai hala tuju perkembangan hubungan China-EU dengan baik," kata Li.
Charles Michel dan Ursula von der Leyen masing-masing menyatakan bahawa hubungan dengan China dianggap salah satu hubungan luar yang amat penting bagi EU. EU bersedia menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai oleh China.
Mereka berkata, EU mengekalkan kemerdekaan strategik dan bersedia mendorong dialog peringkat tinggi dengan China, meningkatkan persefahaman, mengurangkan salah faham, mempergiat kerjasama dalam sektor-sektor ekonomi dan perdagangan, pertanian dan makanan, perubahan iklim, dan kecerdasan buatan (AI), selain berganding tangan dalam menangani cabaran global dan menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia.
Sementara itu, kedua-dua pihak turut mengakui kejayaan dialog peringkat tinggi China-EU mengenai strategi, ekonomi dan perdagangan, alam sekitar dan iklim serta digital pada tahun ini. Kedua-dua pihak akan mematuhi dan mengamalkan multilateralisme dan mempromosikan Persidangan Pihak Berkepentingan kepada Konvensyen Rangka Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim ke-28 (COP-28) untuk mencapai hasil yang positif.
- Xi Ditemui Pemimpin EU
- Pertemuan Pemimpin China-EU ke-24 Bakal Diadakan di Beijing
- China, Eropah Komited Tingkatkan Penyelarasan dan Kerjasama
- Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi China-EU Dijadual Isnin Depan
- China, EU Mahu Terus Mantapkan Jalinan Muhibah
- Wang Yi Bertemu Sullivan
- EU dan China Perlu Kekalkan Hubungan Strategik Berterusan: Ursula von der Leyen
- Tingkatkan Persahabatan dan Kerjasama China-Sepanyol: Xi
- Pertemuan Presiden China-Czech Secara Maya
- Kawat Tahniah Xi kepada Presiden Baharu Slovenia