99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Atas Pembelajaran Bahasa, Tingkat Persahabatan China-Vietnam

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 12 Disember 2023

Sepanjang 73 tahun sejak China dan Vietnam menubuhkan hubungan diplomatik, kedua-dua pihak terus mendalamkan kerjasama dan bersama-sama melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang baharu.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan interaksi peringkat tinggi, China dan Vietnam telah meningkatkan kepercayaan dan memperdalam kerjasama dalam bidang budaya. Hubungan China-Vietnam menunjukkan trend yang semakin erat dan stabil. Interaksi dalam pelbagai bentuk semakin rancak, dapat dilihat dari segi pertukaran pelajar, komunikasi media dan wartawan, penganjuran konsert bersama, penerbitan jurnal bersama, serta aktiviti-aktiviti pelancongan dan kebudayaan. Ini bukan sahaja mengukuhkan lagi pertukaran budaya antara kedua-dua pihak, tetapi juga meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara satu sama lain.

Baru-baru ini, pasukan media Internet dari People’s Daily Online melawat ke Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) untuk menelusuri selok-belok pertukaran budaya China-Vietnam dan membentangkan gambaran interaksi dua negara yang kaya dari perspektif mereka yang terlibat dalam usaha ini.

Video

Berita Berkaitan