- Lain-lain
China Komited Perkasa Kerjasama dan Persahabatan dengan Negara Jiran
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang akhbar semalam berkata, tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 konsep diplomasi kejiranan China yang berpandukan sikap muhibah, keikhlasan, sama menang dan keinklusifan.
“Presiden Xi telah merangka pelan tindakan untuk pertukaran antara China dengan negara-negara jiran. China telah menjalinkan perkongsian kerjasama strategik dengan negara-negara jiran dan mencapai konsensus dengan lebih sepuluh negara untuk membina komuniti berkongsi nasib,” kata Mao.
Mao menyifatkan lawatan rasmi Presiden Xi ke Vietnam sebagai satu kejayaan dan juga satu lagi ilustrasi konsep diplomasi kejiranan China yang berpandukan sikap muhibah, keikhlasan, sama menang, dan keinklusifan.
“Dengan berpandukan fikiran diplomasi Presiden Xi, China akan terus menjunjung konsep diplomasi kejiranan tersebut untuk memperdalam persahabatan dan kerjasama dengan negara-negara jiran demi kepentingan milik bersama yang kian meningkat.
“China juga akan menyemarakkan nilai-nilai Asia yang menampilkan keamanan, kerjasama, keinklusifan dan integrasi, menyediakan penggerak baharu untuk perpaduan, keterbukaan dan kemajuan serantau, selain memberikan lebih banyak faedah kepada negara-negara jiran melalui modenisasi ala China, bersama dengan pelbagai negara serantau untuk memajukan proses pemodenan di Asia, dan membina kampung halaman Asia yang damai, selamat, makmur, indah dan harmoni,” kata Mao.