- Lain-lain
Hasil yang Konstruktif Tercapai dalam Perbincangan Tentera China-AS
Anggota Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China yang juga Ketua Turus Jabatan Staf Bersama China, Liu Zhenli atas undangan telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Staf Bersama Amerika Syarikat (AS), Charles Quinton Brown Jr. melalui pautan video pada malam 21 Disember lalu. Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat dengan ikhlas tentang melaksanakan konsensus penting yang tercapai ketua negara China dan AS di San Francisco berhubung isu yang menjadi tumpuan bersama khususnya isu ketenteraan, dan turut mencapai hasil yang konstruktif dan menggalakkan.
Jurucakap Kementerian Pertahanan, Kolonel Kanan Wu Qian dalam sidang media petang Khamis memaklumkan bahawa pihak AS diharap bertindak sehaluan dengan China, mendorong perkembangan hubungan tentera kedua-dua negara ke arah sihat dan stabil berdasarkan kedamaian dan hormat antara satu sama lain. Jabatan pertahanan berkenaan daripada kedua-dua pihak sedang menjalankan komunikasi dan penyelarasan untuk menetapkan jadual pertukaran lawatan yang kemudian akan dimaklumkan pada waktu yang sesuai.
- Rundingan Iklim China, AS Buahkan Hasil Positif
- Biden Ditemui Wang Yi di Rumah Putih
- Komunikasi dan Perbincangan Strategik China-AS di Washington
- Wang Yi akan Melawat AS
- Xi Ditemui Delegasi Kongres AS
- China, AS Sepakat Anjur Dialog Peringkat Tinggi Pelancongan
- Dialog Iklim China-AS di Beijing
- Wang Yi Temui Henry Kissinger
- PM Li Qiang Ditemui Duta Iklim AS
- China, AS Setuju Teruskan Komunikasi Konstruktif dalam Bidang Ekonomi