99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi, Kim Umumkan 2024 sebagai Tahun Persahabatan China-DPRK

(CRI)Isnin 01 Januari 2024

Presiden China Xi Jinping dan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) Kim Jong-un bersama-sama mengumumkan tahun 2024 sebagai "tahun persahabatan China-DPRK".

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Kim, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea (WPK) dan Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara DPRK membuat pengumuman tersebut dalam pertukaran ucapan selamat tahun baharu hari ini.

Xi mengatakan, China dan DPRK merupakan jiran bersahabat. Parti dan kerajaan China memandang hubungan kedua-dua negara dari perspektif strategik dan jangka masa panjang. Memelihara, mengukuhkan dan mengembangkan hubungan persahabatan tradisional dengan DPRK merupakan prinsip konsisten China.

Beliau berkata, China bersedia bersama DPRK mengambil peluang ulang tahun ke-75 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara dan "tahun persahabatan" untuk merapatkan persahabatan tradisional, mengukuhkan kepercayaan strategik, meningkatkan pertukaran dan kerjasama agar mendorong hubungan kedua-dua negara mencapai kemajuan lebih besar, dan menulis bab baharu bagi persahabatan China-DPRK, membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat dan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pemeliharaan kedamaian dan kestabilan serantau.

Kim Jong-un pula mengatakan, sambutan ulang tahun ke-75 terjalinnya hubungan diplomatik DPRK-China pada tahun ini amat bermakna. Aktiviti "tahun persahabatan" akan meningkatkan pertukaran kedua-dua negara dalam bidang politik, ekonomi dan budaya serta hubungan persahabatan. Selain itu, DPRK dan China akan meningkatkan koordinasi dalam perjuangan bersama untuk memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan antarabangsa serta menulis bab baharu hubungan kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan