- Lain-lain
Jumlah Kurier Catat 132.07 Bilion Unit di China
(CRI)Isnin 22 Januari 2024
Industri perkhidmatan pos China menyaksikan perkembangan pesat pada 2023, dengan jumlah kurier merekodkan 162.48 bilion unit sepanjang tahun, meningkat 16.8 peratus dari tahun ke tahun.
Antaranya, urusan hantaran ekspres (tidak termasuk urusan hantaran bungkusan yang dikendalikan China Post) merekodkan 132.07 bilion unit, menokok 19.4 peratus.
Pada tahun 2023, urusan perkhidmatan kurier sebandar mencatat 13.64 bilion unit, meningkat 6.6 peratus, manaka hantaran antara bandar mencatat 115.36 bilion, meningkat 20.5 peratus. Pada masa sama, hantaran antara Tanah Besar dengan destinasi di luar negara, Hong Kong, Makau dan Taiwan berjumlah 3.07 bilion unit, naik 52 peratus.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2023 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang