99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Budaya Mazu Berlayar ke Seberang Laut Menyusuri Jalan Sutera Maritim (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 30 Januari 2024
Budaya Mazu Berlayar ke Seberang Laut Menyusuri Jalan Sutera Maritim
Orang ramai berdoa di Tokong Tian Hou Gong. (People’s Daily Online/Wang Jing)

Quanzhou terletak di provinsi Fujian, tenggara China. Pelabuhan Quanzhou mengalami zaman kemuncak pada Dinasti Song dan Yuan, yang masa itu dikenali sebagai salah satu pelabuhan terbesar di dunia. Pada Julai 2021, Quanzhou tersenarai dalam Warisan Dunia UNESCO sebagai “Emporium Dunia pada Dinasti Song-Yuan China”.

Quanzhou juga merupakan tempat pertembungan pelbagai kepercayaan. Antara pelbagai tempat ibadat, tokong yang berkaitan dengan kepercayaan Mazu adalah yang paling besar. Ini kerana budaya Mazu antara kepercayaan yang paling bersejarah di Quanzhou.

Mazu dipercayai sebagai dewi pelindung di laut. Kepercayaan Mazu berasal dari Quanzhou dan berkait rapat dengan aktiviti maritim tempatan. Tokong Tian Hou Gong yang didedikasikan kepada Dewi Mazu terletak di pintu gerbang Kota Kuno Quanzhou, tempat saudagar asing berulang-alik. Maka tak kira saudagar China atau saudagar asing, mereka akan berdoa untuk keselamatan sebelum pelayaran di Tokong Tian Hou Gong.

Kepercayaan Mazu turut dibawa ke sebarang laut termasuk Jepun, Vietnam, Malaysia, Singapura, Thailand, India, Amerika dan Kanada. Di tempat-tempat ini, patung Mazu telah disesuaikan dengan budaya setempat. Sebagai contoh, sebuah patung Mazu yang didapatkan dari Malaysia dan kini dipamerkan di Muzium Quanzhou bermuka eksotik, bukti kepercayaan Mazu berkembang serentak dengan masyarakat tempatan.

Video

Berita Berkaitan