99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Punya Kedaulatan, Bidang Kuasa ke atas Pulau Huangyan

(CRI)Ahad 04 Februari 2024

Pulau Huangyan merupakan sebahagian wilayah China. China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan ke atas pulau itu serta perairan sekitarnya.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin semasa sidang media pada Jumaat sebagai respons terhadap kenyataan Penasihat Keselamatan Negara Filipina, Eduardo Ano yang mengkritik pendirian dan tuntutan China dalam isu berkaitan Pulau Huangyan.

Wang berkata China melaksanakan hak kedaulatan dan bidang kuasa terhadap Pulau Huangyan secara berterusan, damai dan berkesan.

Wilayah Filipina ditetapkan dalam siri perjanjian antarabangsa termasuk Perjanjian Damai Amerika Syarikat (AS)-Sepanyol yang ditandatangani pada 1898, Perjanjian AS-Sepanyol mengenai Penyerahan Pulau-Pulau Terpencil Filipina yang dimeterai pada 1900, dan lain-lain.

Menurut perjanjian tersebut, Pulau Huangyan tidak termasuk dalam lingkungan wilayah Filipina.

Amalan Filipina menuntut kedaulatan ke atas Pulau Huangyan dengan alasan pulau itu lebih dekat dengan wilayah Filipina, atau menuntut hak kedaulatan dan bidang kuasa dengan alasan pulau berkenaan berada dalam zon ekonomi eksklusif Filipina adalah tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Wang menegaskan, kes timbang tara mengenai Laut China Selatan merupakan manipulasi politik dilakukan Filipina untuk meraih kepentingan haram.

China menolak dan tidak mengiktiraf keputusan timbang tara itu kerana ia adalah haram, batal dan tak sah.

China juga menolak sebarang tuntutan atau tindakan berdasarkan keputusan berkenaan.

Kedaulatan, hak dan kepentingan China di Laut China Selatan tidak akan terjejas oleh keputusan timbang tara yang haram itu dalam apa jua keadaan.

Video

Berita Berkaitan