99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pintu Dialog dengan Filipina Takkan Ditutup: MFA

(CRI)Rabu 20 Disember 2023

China bersedia bersama Filipina mengendalikan perselisihan secara baik menerusi dialog dan perundingan, sementara pintu untuk berdialog dan berhubungan dengan Filipina takkan ditutup.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) Wang Wenbin apabila mengulas kenyataan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. yang menyifatkan hubungan Manila-Beijing 'menuju ke arah yang salah'.

Wang berkata mutakhir ini, Filipina sengaja mencabul kedaulatan dan melakukan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di Laut China Selatan. Negara itu perlu bertanggungjawab terhadap peristiwa berkenaan.

Beliau mengulangi pendirian China teguh mempertahankan kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim.

Menurutnya, pertikaian maritim bukan keseluruhan hubungan China-Filipina.

Filipina diharap dapat melaksanakan komitmen mengurus perselisihan dengan baik melalui dialog, di samping bersinergi dengan China untuk mengembangkan hubungan dua hala yang sihat dan stabil serta menjaga ketenteraman serantau.

Video

Berita Berkaitan