99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Spekulasi Filipina Berhubung Apa yang Disebut Kejadian Penggodam China Amat Tidak Bertanggungjawab

(CRI)Selasa 06 Februari 2024

Spekulasi yang berniat jahat dan tuduhan yang tidak berasas terhadap China yang dibuat segelintir pegawai dan media Filipina disifatkan sebagai kenyataan dan tingkah laku yang amat tidak bertanggungjawab.

Demikian kata jurucakap Kedutaan Besar China ke Filipina pada Isnin sebagai respons terhadap apa yang disebut penggodam China menggodam laman web Filipina.

Menurut jurucakap itu, China berpendirian konsisten untuk menolak dan membanteras serangan siber dalam semua bentuk di sisi undang-undang dan tidak mengizinkan sebarang negara atau individu menjalankan aktiviti haram yang termasuk dari wilayah China atau menggunakan infrastruktur negara ini melancarkan serangan siber.

"Kenyataan pihak Filipina yang bahkan mengaitkan perkara ini dengan pertikaian maritim China-Filipina disifatkan amat tidak bertanggungjawab.

"Keselamatan siber yang merupakan cabaran global perlu ditangani dengan kerjasama pelbagai negara. China mengesorkan semua negara beusaha bersama untuk memelihara keselamatan siber melalui dialog dan kerjasama,” memetik jurucakap itu.

Video

Berita Berkaitan