- Lain-lain
Dasar Bebas Visa antara China, Singapura Pacu Pelancongan
Jumlah pelancong yang memasuki Singapura meningkat daripada 6.3 juta yang direkodkan pada 2022 kepada 13.6 juta pada 2023, iaitu dalam lingkungan 12 juta hingga 14 juta yang dianggarkan sebelum ini oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Angka ini mencapai 71% tahap sebelum wabak COVID-19. Hasil pelancongan setahun pula dijangka antara 24.5 dan 26 bilion dolar Singapura, kembali ke 90% tahap sebelum COVID-19.
Melihat dari segi sumber pelancong asing ke Singapura, Indonesia yang terbesar dengan 2.3 juta, diikuti oleh China iaitu 1.4 juta, sementara Malaysia, Australia dan India masing-masing 1.1 juta.
Selepas Singapura dan China mengumumkan pelaksanaan dasar pengecualian visa bersama selama 30 hari, carian dan tempahan untuk penerbangan dan perkhidmatan berkenaan dalam Internet meningkat ketara. Syarikat penerbangan di China dan Singapura berkata mereka memantau rapat permintaan terhadap penerbangan antara kedua-dua negara, dan merancang meningkatkan kekerapan penerbangan serta membuka laluan baharu.
Pengamal pelancongan di Singapura percaya bahawa dengan langkah Thailand, Malaysia dan Singapura mengecualikan visa bagi warga China, ketiga-tiga negara tersebut akan menjadi destinasi pilihan popular, yang akan menggalakkan lagi pembangunan industri pelancongan tempatan dan membawa manfaat kepada semua.
- China Kemaskini Dasar Visa Permudahkan Perjalanan Rentas Sempadan
- China, Thailand Tandatangani Perjanjian Pengecualian Visa Dua Hala
- Kemudahan Bebas Visa 'Hadiah' TBC Buat Rakyat China, Singapura
- NIA Umum Lima Langkah Permudah Perjalanan Pengembara Asing
- Dasar Bebas Visa: Kunming Catat Lonjakan Besar Pelancong Asing
- China, Thailand Usahakan Pengecualian Visa Dua Hala
- Pengecualian Visa kepada 6 Negara Undang Lebih 110,000 Pelancong
- Dasar Bebas Visa Baharu China Dapat Pujian Masyarakat Antarabangsa
- China, Singapura Harap Segerakan Penguatkuasaan Bebas Visa