- Lain-lain
Pembelanjaan Pengajian dan Penerokaan China Cecah RMB3.3 Trilion
Sesi "Saluran Menteri" semasa berlangsungnya persidangan ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14 telah diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.
Menteri Sains dan Teknologi China, Yin Hejun dalam wawancara berkenaan menyatakan bahawa input kerajaan terhadap sektor pengajian dan penerokaan pada 2023 meningkat 8.1% berbanding 2022, iaitu melebihi RMB3.3 trilion (RM2.17 trilion).
Selain itu, anak China mencapai sekumpulan hasil yang penting dalam pelbagai bidang. Stesen janakuasa nuklear generasi ke-4 yang pertama di dunia telah beroperasi di China, manakala operasi pesawat C919 buatan China pula telah dikomersialkan. Pada masa yang sama, pengeksportan China dalam bidang kenderaan elektrik bateri (BEV), bateri lithium dan unit fotovotaik meningkat secara ketara.
Menurut Yin, tumpuan seterusnya akan dipindahkan ke pendidikan terhadap modal insan muda dalam bidang sains dan teknologi yang dilihat sebagai tugasan strategik untuk jangka masa yang panjang.
- Pembangunan China Dipacu Inovasi Mustahil Dihalang
- China Lakar Kemajuan Cemerlang dalam Bidang Sains: Pemenang Hadiah Nobel Fizik
- Pameran Hasil Sains dan Teknologi Terkini di Sekolah HK
- China Bakal Anjur Persidangan Pertukaran Sains dan Teknologi BRI
- Xi: Teknologi Baharu Makin Pesat, Ubah Model Pembangunan Industri
- Xi Beri Penekanan Usaha Sebarluas Ilmu Sains
- Buku Wacana Xi Jinping Mengenai Kemandirian dan Peningkatan dalam Sains dan Teknologi Diterbitkan