99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Bukan Hanya Satu Kaedah Realisasi Demokrasi: Pakar

(CRI)Jumaat 22 Mac 2024

Forum Antarabangsa 'Demokrasi: Nilai Kemanusiaan Dikongsi Bersama' edisi ketiga membuka tirai di Beijing pada Rabu.

Para hadirin dalam temu bual bersama wartawan berkata usaha negara membangun dalam mengembangkan dan mewujudkan demokrasi perlu dihormati sepenuhnya, begitu juga hak rakyat semua negara untuk menentukan jalan pembangunan sendiri.

Mereka menentang sebarang amalan yang mencetuskan perpecahan, menyebarkan prejudis dan merosakkan keamanan atas nama 'demokrasi'.

Pengarah Eksekutif Pusat China-Afrika Institut Dasar Afrika Kenya, Dennis Munene Mwaniki berpendapat bahawa model demokrasi bukan sekadar hanya merujuk kepada 'demokrasi liberal' yang diamalkan Barat.

Pelbagai negara yang berbeza dari segi sejarah dan budaya mempunyai kaedah masing-masing untuk merealisasikan demokrasi, katanya.

Sarjana dari Jerman, David Bartosch berkata adalah wajar bagi setiap tamadun untuk merintis jalan pentadbiran ke arah lebih demokratik. Proses ini tidak sepatutnya diganggu oleh kuasa luar.

Tambah beliau, cubaan memaksa sesebuah negara menerima pakai sistem demokrasi Barat terbukti membawa banyak keburukan dan ia pasti akan gagal.

Video

Berita Berkaitan