- Lain-lain
Ruang Pembangunan untuk Sektor Korporat Luas di China
Memandangkan pertumbuhan ekonomi dunia belum pulih ke taraf sebelum tercetusnya wabak COVID-19, dan masih kekurangan momentum yang kuat untuk mendorong pembangunan, China memilih memupuk dan mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu yang dijangka akan mencetuskan lebih banyak momentum terhadap pemulihan dan pertumbuhan ekonomi dunia di samping menawarkan peluang perniagaan yang tidak terkira kepada konglomerat transnasional.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) China, Zheng Shanjie dalam sidang tahunan 2024 Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China yang membuka tirai pada pagi semalam.
"Mendorong pembinaan sistem perindustrian moden dan mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu" tersenarai sebagai yang pertama antara 10 tugasan kerja utama yang dijadualkan kerajaan China bagi 2024.
Mengenai gerak kerja yang terperinci dalam mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu pada tahun ini, Zheng menunjukkan bahawa pihaknya akan menumpukan kepada tiga aspek.
Pertama, mendorong inovasi perindustrian yang diterajui kemajuan sains dan teknologi yang inovatif melalui pembinaan keupayaan, pengubahsuaian dan penaiktarafan terhadap industri tradisional, pemupukan industri baharu dan pembentukan perindustrian masa depan.
Kedua, mendorong inovasi dari segi institusi dan mekanisme.
Ketiga, meningkatkan tahap keterbukaan, mengeratkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di arena antarabangsa, merancakkan pertukaran keanggotaan, pelaburan dan kerjasama ekonomi serta perdagangan, dan terus mendorong perdagangan perkhidmatan rentas sempadan.
- Xi Seru Tingkatkan Usaha Pacu Pembangunan di Kawasan Bahagian Tengah China
- Buka Lembaran Baharu dalam Pembangunan Modenisasi Ala China di Zhejiang
- Salah Pandang Pembangunan China, Bagai Katak di Bawah Tempurung: Presiden Timor-Leste
- Konsep Pembangunan Berkualiti China di Mata Tokoh Asing
- Xi: Pacu Pembangunan Berkualiti Sektor Swasta
- China Tegas Pertahankan Pembangunan Damai: Wang Yi
- Bill Gates: Kebangkitan China Kemenangan Besar Dunia
- Rakyat China Jiwai Konsep ‘Xiaokang’
- Kebangkitan China bukan Alasan Pulaukan China: Scholz
- Pembangunan China Bukan Ancaman atau Cabaran