- Lain-lain
Presiden Xi Bertemu Wakil Kalangan Perniagaan, Strategik dan Akademik AS (6)
Presiden China Xi Jinping menerima kunjungan delegasi wakil kalangan perniagaan, strategik dan akademik dari Amerika Syarikat (AS) di sini pada Rabu.
Xi berkata hubungan China-AS antara hubungan dua hala yang paling penting di dunia. Menjalankan kerjasama atau konfontasi, berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan juga nasib seluruh umat manusia.
"Kejayaan masing-masing juga merupakan peluang antara satu sama lain.
"Asalkan China dan AS memandang satu sama lain sebagai rakan, saling menghormati, hidup bersama secara damai, dan bekerjasama saling untung, maka hubungan China-AS pasti akan menjadi lebih baik," kata Xi.
Bersempena dengan ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik China-AS pada tahun ini, Xi berharap tokoh-tokoh pelbagai kalangan dapat mengadakan pertukaran lawatan dan pandangan, meningkatkan kepercayaan, memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan demi memberikan lebih banyak kesejahteraan rakyat dan menyumbangkan lebih banyak faktor kestabilan kepada dunia.
"Pertumbuhan ekonomi China adalah sihat dan lestari. Negara ini menyumbang lebih 30 peratus kepada pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun lalu.
"China akan terus menggalakkan pembangunan bermutu tinggi dan modenisasi ala China. Ia diyakini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat China, sekali gus menyumbang kepada pembangunan mampan dunia," kata Xi.
Beliau juga mengalu-alukan lebih banyak syarikat asing termasuk syarikat AS menyertai pembinaan bersama Inisiatif Jalur & Laluan (BRI), dan meneroka pasaran gergasi di negara ini.
Presiden Xi berkata konsensus yang dicapai beliau dengan Presiden Biden semasa pertemuan di San Francisco pada tahun lepas adalah hubungan China-AS harus diperbaiki dan menjadi lebih mantap.
"Dalam beberapa bulan lalu, kedua-dua pihak telah mengadakan komunikasi dan perbincangan lanjut mengenai konsensus tersebut dan mencapai hasil dalam politik, hubungan luar, ekonomi, perdagangan, penguatkuasaan, pencegahan dadah, perubahan iklim dan lain-lain," kata Xi.
Wakil-wakil dari AS menyatakan, China mencapai pertumbuhan dan transformasi yang cemerlang dalam beberapa dekad lalu, sekali gus menyaksikan daya tahun dan kedinamikan yang kuat.
Mereka menyokong kedua-dua negara meningkatkan pertukaran lawatan dalam pelbagai peringkat, meningkatkan persefahaman, kepercayaan dan kerjasama, bergembleng tenaga untuk menangani cabaran global dan membina hubungan China-AS yang stabil, mantap dan berhasil.
- Peningkatan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Kondusif bagi China-AS - PM Li
- Pegawai Kanan Keselamatan Awam China, AS Bertemu di Vienna
- Wang Yi Bertemu Blinken
- Mesyuarat Kumpulan Kerja Ekonomi China-AS ke-3 Diadakan
- Wang Yi : Bina Jalan Betul dalam Hubungan China-AS
- Mesyuarat Kumpulan Kewangan China-AS Ketiga di Beijing
- Xie Feng Berucap pada Forum Peringati 45 Tahun Hubungan China-AS
- Xi Balas Surat Kenalan dari Negeri Iowa AS
- Lawatan Pasukan Pingpong Selak Lembaran Baharu Persahabatan China, AS
- Kedamaian Merupakan Asas Penting Hubungan China-AS