- Lain-lain
Xi, Tokayev Ucap Tahniah atas Pelancaran 'Tahun Pelancongan Kazakhstan' 2024
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev masing-masing mengutuskan surat tahniah kepada majlis perasmian "Tahun Pelancongan Kazakhstan" China 2024 pada Jumaat.
Xi menekankan, pertukaran kebudayaan dan kerjasama pelancongan merupakan jambatan dan ikatan penting dalam menggalakkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerjasama kebudayaan dua hala berkembang dengan baik, perjanjian pengecualian visa antara satu sama lain mula berkuatkuasa, perjanjian tentang membina pusat kebudayaan di negara masing-masing telah ditandatangani, pertukaran keanggotaan semakin rancak, dan semakin banyak inisiatif persahabatan dapat dijana di kalangan rakyat kedua-dua negara.
"Saya dan Presiden Kassym-Jomart Tokayev bersama mengumumkan tahun 2024 sebagai 'Tahun Pelancongan Kazakhstan' di China. Kedua-dua negara diharap mengambil peluang ini untuk memperkasakan kerjasama pelancongan, meningkatkan pertukaran keanggotaan, berganding tangan untuk membina ''tiga dekad keemasan baharu' dalam hubungan dua hala serta menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib China-Kazakhstan."
Kassym-Jomart Tokayev menyatakan dalam perutusan tahniah tersebut bahawa pihaknya akan menganjurkan pelbagai aktiviti dalam tahun pelancongan ini untuk membantu pelancong China mengenali negara itu, menyuburkan persahabatan Kazakhsatan-China yang diwariskan turun-temurun dan menyuntik kedinamikan baharu kepada perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.
Untuk rekod, 'Tahun Pelancongan Kazakhstan' China 2024 membuka tirai di Beijing pada Jumaat.