- Lain-lain
Syarikat Shanghai Sempurnakan Penghantaran Pertama 'Teksi Udara' di Dunia
Prosperity, juga dikenali sebagai "teksi udara", dibangunkan oleh AutoFlight, pembangun eVTOL terkemuka yang berpangkalan di Shanghai. (foto/China Daily)
AutoFlight, syarikat teknologi berlepas dan mendarat menegak elektrik (eVTOL) terkemuka, baru-baru ini menghantar pesawat eVTOL Prosperity yang pertama kepada pengendali perintis di Jepun untuk Advanced Air Mobility.
Menurut pengumuman syarikat yang berpangkalan di Shanghai menerusi akaun WeChat rasminya pada Isnin, ia sekali gus menandakan penghantaran global pertama untuk pesawat eVTOL awam yang seberat lebih satu tan itu.
AutoFlight dalam kenyataannya memberitahu bahawa pesawat itu akan digunakan untuk penerbangan demonstrasi trafik udara bandar, selain bertujuan untuk menyokong penuh matlamat mencapai penerbangan demonstrasi eVTOL pada Ekspo Osaka 2025.
Tambah syarikat dari Shanghai itu lagi, pelanggan mereka juga merupakan syarikat Jepun yang mempunyai sejarah operasi seabad dan juga pengendali AAM yang terawal di Jepun.
Dikenali sebagai "teksi udara", Prosperity merupakan pesawat sayap tetap yang dibangunkan AutoFlight dengan menggunakan rotor untuk berlepas secara menegak sebelum menggunakan sayapnya untuk penerbangan mendatar. Ia mempunyai berat berlepas maksimum dua tan dan direka untuk memuatkan lima penumpang.
Sejak prototaip pembuktian konsep pertamanya diterbangkan di Shanghai pada penghujung 2021, pesawat itu telah melalui beberapa pusingan pembangunan.
Pada 2023, ia menetapkan rekod global untuk eVTOL dua tan dengan terbang sejauh 250.3 kilometer dengan sekali caj, sebelum melengkapkan penerbangan pembentukan pertama di dunia bagi tiga eVTOL dengan berat lebih satu tan.
Pada Februari lalu, Prosperity menyelesaikan penerbangan demonstrasi antara bandar pertama di dunia di wilayah Guangdong, selatan China. Pesawat itu terbang di laluan rentas laut dan rentas bandar eVTOL dari Shenzhen ke Zhuhai, dengan memendekkan tempoh perjalanan darat 2 jam setengah hingga 3 jam kepada 20 minit sahaja.
eVTOL dianggap sebagai jalan keluar utama terhadap trafik udara bandar pada masa depan serta komponen utama pembangunan ekonomi altitud rendah berikutan kebolehannya untuk digunakan secara meluas dalam perjalanan udara bandar dan antara bandar dalam kawasan metropolitan.
Ketika ini, beberapa negara di seluruh dunia turut melaksanakan dasar dan langkah yang berkaitan untuk menggalakkan pembangunan mobiliti udara termaju.
Pada tahun lalu, China meletakkan ekonomi altitud rendah sebagai industri baru muncul strategik, dengan lebih 10 wilayah di seluruh negara, termasuk Shanghai, mengumumkan rancangan untuk membangunkan bidang itu dalam laporan kerja kerajaan 2024.
Sebagai perintis yang mengamalkan konsep ekonomi altitud rendah, Shanghai telah menjadi pelopor dalam sektor kenderaan udara tanpa pemandu dengan syarikat terkemuka industri hampir kesemuanya berpangkalan di bandar, termasuk AutoFlight, Tcab Tech, Volant dan Ver Taxi.
- UAV Terbang di Taman Perindustrian Anyang
- Dron Hantar Makanan Laut Mula Khidmat di Shenzhen
- Kemeriahan Pesta Tanglung Taman Yuyuan Shanghai
- Pelancong Rasai Suasana Drama di Jalanan Shanghai
- Taman Zootopia Pertama Buka di Disneyland Shanghai
- Percepat Pembinaan Shanghai Sebagai Metropolis Antarabangsa - Kata Xi
- Hayati Pesona Jenama Bersejarah dari Shanghai
- Dekati Ladang Pertanian Eko di Shanghai
- Lima Pemenang "Anugerah Shanghai" Sempena Hari Bandar Sedunia
- Pertunjukan Dron Makin Biasa Apabila Ekonomi Meningkat