- Lain-lain
48.55 Juta Individu Keluar Masuk Sempadan Melalui Zhuhai
Seramai 48.55 juta individu keluar masuk antara Tanah Besar dengan Hong Kong (HK) dan Macau melalui Zhuhai pada suku pertama tahun ini, jumlah ini meningkat 46 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu, kata Stesen Pemeriksaan Sempadan Zhuhai pada Selasa.
Dalam tempoh yang sama, jumlah kenderaan dan kapal yang keluar masuk melalui pelbagai pintu masuk di Zhuhai mencatat 2.48 juta, menokok 63 peratus.
Selain itu, berikutan pelaksanaan dasar pengecualian visa kepada pengembara dari Perancis, Itali, Switzerland dan lain-lain, jumlah pelancong antarabangsa yang memasuki China melalui Zhuhai banyak bertambah, dan mencapai 330,000 pada suku tahun pertama. Angka tersebut naik 253 peratus dari tahun ke tahun.
Antaranya, seramai kira-kira 36,000 pelancong asing masuk dengan menikmati dasar pengecualian visa.
- Stesen HSR Gergasi Beroperasi di GBA, Selatan China
- Lebuh Raya Rentas Laut Baharu China Hampir Siap
- Genap Lima Tahun Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao Beroperasi
- ASEAN, China Meterai Kerjasama Ekonomi Bernilai 12.1B yuan
- Bahagian Utama Jambatan HK-Zhuhai-Macau Lulus Pemeriksaan
- Hong Kong Pulih Rancak, Sinaran Harapan bagi Dunia