- Lain-lain
ASEAN, China Meterai Kerjasama Ekonomi Bernilai 12.1B yuan
Foto yang diambil pada 27 April 2023 ini menunjukkan tapak pembinaan jambatan Lingdingyang, yang merupakan sebahagian daripada laluan Shenzhen-Zhongshan di provinsi Guangdong, selatan China. (foto: Deng Hua/Xinhua)
Tujuh projek kerjasama ekonomi yang bernilai 12.1 bilion yuan (kira-kira 7.62 bilion ringgit) membabitkan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau dan negara-negara ASEAN telah dimeterai Ahad lalu di bandar raya Shenzhen, selatan China.
Pemeteraian disempurnakan pada Forum Kerjasama Ekonomi Kawasan Teluk Besar ASEAN-China (Qianhai) yang berlangsung dari 29 hingga 30 Julai, meliputi pembinaan taman perindustrian, ekonomi digital dan kerjasama pertanian.
Antara hasil forum, Persekutuan Dewan Perniagaan Antarabangsa Kawasan Teluk Besar-ASEAN dan Perkongsian Kumpulan Pemikir China-ASEAN telah ditubuhkan. Forum juga berakhir dengan tercapainya satu inisiatif berhubung jalinan perkongsian ekonomi yang lebih rapat antara dua pihak berkenaan.
Inisiatif itu menyasarkan kerjasama ekonomi lebih mantap dan pertukaran sesama rakyat yang lebih kukuh. Langkah-langkah konkrit yang digariskan termasuk menyokong usaha Pusat China-ASEAN menubuhkan Tabung Pelaburan Pembangunan Industri Kawasan Teluk Besar-ASEAN. Langkah lain merangkumi penganjuran "Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan Belia Kawasan Teluk Besar-ASEAN", selain mewujudkan jaringan kerjasama universiti, kumpulan pemikir dan institusi penyelidikan dari kedua-dua belah.
Lebih 150 tetamu asing termasuk wakil kerajaan dari kesemua 10 negara ASEAN, agensi diplomatik di China, dewan-dewan perniagaan, kumpulan pemikir dan syarikat, menghadiri forum tersebut.
- Import dan Eksport Guangxi dengan ASEAN Naik 92.6 Peratus
- China, ASEAN Tempuh Perjalanan ke Arah Kemakmuran Bersama
- SITC Naiktaraf Perkhidmatan Laluan Perkapalan Terus Teluk Beibu-Borneo Malaysia
- Forum Industri Baharu China-ASEAN Syorkan Pembinaan Sistem Ekologi Inovasi Serantau
- Kapal Tentear Laut Qi Jiguang Kembali ke Dalian
- Buahkan Hasil Melimpah dalam Kerjasama China-ASEAN
- Forum Rakan Media ASEAN 2023 di Nanning
- Forum China-ASEAN mengenai Pertukaran Tamadun dan Kerjasama Dirasmikan di KL
- Hubungan Erat ASEAN dan China Sesuai dengan Kepentingan Bersama
- China dan ASEAN Diharap Pacu Perkembangan Pertanian Bersama