99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Yiwu Terima Permintaan Tinggi untuk Barangan Sukan Menjelang Paris 2024

Yiwu Terima Permintaan Tinggi untuk Barangan Sukan Menjelang Paris 2024
Pelanggan membeli produk berlesen di kedai andalan rasmi Paris 2024 yang pertama di Paris, Perancis, 15 November 2022. (Xinhua/Gao Jing)

Terletak di provinsi Zhejiang, timur China, Yiwu yang merupakan pusat borong terbesar dunia untuk komoditi kecil menerima satu lagi lonjakan tempahan untuk barangan sukan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi.

Malah, beberapa vendor turut menyatakan bahawa jualan masing-masing baru-baru ini melonjak sebanyak 20 peratus dari tahun ke tahun berikutan pesanan yang datang dari Perancis.

Ye Demo, wakil dari Jinzun Trophy yang berpangkalan di Yiwu memberitahu bahawa tempahan trofi mula meningkat mulai Februari tahun ini, dan tempahan semasa telah mencecah 400,000 buah.

“Penjual terbaik kami ialah pelbagai trofi dan pingat yang ditempah dari Eropah, dan jualan meningkat 20 peratus tahun ke tahun.

“Pembeli Perancis kini merupakan pelanggan terbesar, diikuti oleh UK dan Belanda,” ujarnya pada Selasa.

Ye berkata, tarikh penghantaran telah dilanjutkan kepada Jun dan kapasiti semasa syarikatnya berkemampuan untuk memenuhi permintaan yang melonjak.

Di samping itu, vendor tempatan juga memberi respon pantas kepada pasaran yang pelbagai.

Memetik laporan Kumpulan Media China, seorang pembekal barangan perdagangan asing, Guo Huiping berkata bahawa kayu-kayu bercahaya dalam warna merah, putih dan biru, warna bendera kebangsaan Perancis, menjadi popular di pasaran.

"Tongkat bercahaya baharu mampu bertahan selama hampir 10 jam, dan kami telah menerima tempahan untuk kira-kira 100 kotak produk," katanya.

Menurut data dari kastam Yiwu, eksport bandar itu ke Perancis pada Januari hingga Februari tahun ini direkodkan berjumlah RMB540 juta (USD74.63 juta), iaitu melonjak sebanyak 42.1 peratus dari tahun ke tahun, dengan eksport Yiwu untuk barangan sukan mencapai RMB1.7 bilion, iaitu meningkat sebanyak 70.5 peratus tahun ke tahun.

Sebagai pusat pembuatan komoditi kecil dunia, Yiwu aktif bertanggungjawab membekalkan pelbagai barangan dan barangan pengguna semasa acara sukan antarabangsa berskala besar.

Untuk rekod, Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 akan bermula pada 26 Julai 2024 dan berakhir pada 11 Ogos, dengan beberapa perlawanan akan bermula dari 24 Julai.

Video

Berita Berkaitan