- Lain-lain
Bunga Mekar dan Bulan Penuh: Kebahagiaan Konjugal yang Sempurna di Luoyang (2)
Bunga Mekar Penuh: Bunga Peony Luoyang
Grafik direka oleh: Chizao
Dalam puisi oleh Liu Yuxi (772-842) dari Dinasti Tang (618-907), bunga peony berjaya menarik pengunjung dari kota itu.
Diangkat sebagai "ratu bunga," peony melambangkan kekayaan dan kemakmuran dalam budaya Cina dan merupakan kegemeran oleh penduduk China sejak zaman purba. Lukisan "Twenty-four Peony Varieties" yang dilukis oleh pelukis istana Qian Weicheng (1720-1772) dari Dinasti Qing (1644-1911), menggambarkan kepelbagaian jenis dan warna bunga yang mekar penuh.
Terkenal dengan sejarah penanaman peony selama 1,500 tahun, Luoyang telah mewujudkan Festival Kebudayaan Peony, iaitu festival tahunan untuk meraikan mekarnya bunga-bunga indah.
Sepanjang Festival Budaya Peony berlangsung, aktiviti yang direka dengan baik yang menampilkan pengalaman mengasyikkan, pelancongan dan teknologi baharu akan diadakan untuk mempopularkan lagi Luoyang dalam kalangan pelancong, mempromosikan integrasi mendalam industri budaya dan pelancongan serta meningkatkan penggunaan dalam bentuk dan persekitaran baharu.
Butiran "Twenty-four Peony Varieties" oleh Qian Weicheng.
Individu yang berbakat juga turut tidak ketinggalan untuk mencari peluang daripada industri budaya dan kreatif yang berkembang pesat. Li Xuewu, seorang artis tempatan yang menggunakan teknik pembuatan porselin purba untuk mencipta hiasan bertemakan peony moden itu telah memulakan operasi syarikat kebudayaannya pada 2009.
Saban tahun, lebih 50,000 porselin bertemakan peony dijual di China dan di luar negara, sekali gus mendagangkan pendapatan tahunan lebih RMB60 juta.
Karya seni Li dipilih oleh Kementerian Luar China sebagai hadiah kebangsaan kepada pemimpin asing, manakala barang kemas peoni-porselinnya mendapat sambutan hangat daripada isteri-isteri presiden negara luar semasa Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai yang diadakan di Qingdao pada 2018.
- “Emoji” Di Dalam Muzium Luoyang?
- Masa Tepat untuk Hayati Bunga Peony di Luoyang
- Kaedah Orang China Purba Hangatkan Tangan pada Musim Sejuk
- Upacara Tradisional Han Jadi Fesyen Pilihan 29 Pasangan Berkahwin
- Ikan Emas Hiasi Arus Sejarah
- Pesta Bunga Peony Luoyang ke-40 Buka Tirai
- Pemodenan Hidupkan Semula Lukisan Ukir Kayu
- Opera “Puteri Wencheng” dipentaskan di Lhasa
- Unsur Budaya China pada Pingat Maraton
- Manis Budaya seperti Gula