99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Jiangxi Promosi Kebudayaan dan Pelancongan di Malaysia

(CRI)Khamis 18 April 2024

Musim promosi kebudayaan dan pelancongan provinsi Jiangxi di Asia Tenggara, yang juga aktiviti Hari Jiangxi di Malaysia, dilancarkan di Pusat Kebudayaan China di Kuala Lumpur pada Khamis.

Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Jiangxi Parti Komunis China (PKC), Yin Hong ketika berucap pada majlis pelancaran menyatakan, Jiangxi dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi dan kebudayaan yang rapat sejak zaman dahulu.

"Pada tahun-tahun kebelakangan ini, komunikasi dan kerjasama kedua-dua pihak dalam pendidikan, ekonomi dan perdagangan, kebudayaan dan pelancongan semakin rapat.

"Kami membawa tulisan dan lukisan, tembikar dan pakej pelancongan Jiangxi ke bandar metropolitan yang berpengaruh ini, bukan sahaja untuk memaparkan sumber kebudayaan dan pelancongan Jiangxi, ia juga adalah kolaborasi kedua-dua pihak untuk meningkatkan pertukaran peradaban dan saling mempelajari," kata Yin.

Pengarah Pusat Kebudayaan China di Kuala Lumpur, Zhang Jiexin ketika berucap pada majlis itu berkata, Jiangxi dan Malaysia mengekalkan hubungan rapat dalam pelbagai bidang termasuk kebudayaan dan pelancongan.

"Bersempena sambutan jubli emas hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun ini, aktiviti tersebut diyakini akan menggalakkan lagi pertukaran lawatan dan persefahaman rakyat kedua-dua negara, mempercepat kerjasama dua hala supaya membuahkan lebih banyak hasil," ujar Zhang.

Majlis pelancaran itu turut disertai oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing, Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Video

Berita Berkaitan