99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Semakin Ramai Pelancong dari Negara ASEAN Masuk China dari Guangxi

(CRI)Jumaat 19 April 2024

Semakin ramai pelancong dari negara ASEAN memilih masuk China dari wilayah Guangxi dalam tempoh hampir enam bulan yang lalu sejak berkuatkuasanya dasar bebas visa antara China dengan beberapa negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura dan Thailand.

Lapangan Terbang Antarabangsa Wuxu di bandar Nanning sebagai hab penerbangan utama di wilayah Guangxi, dilengkapi dengan lebih 10 laluan antarabangsa yang menghubungkan pelbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam dari blok ASEAN, serta Jepun dan Korea Selatan.?

Pada masa ini, terdapat perkhidmatan penerbangan harian antara Nanning dengan Thailand, dan tiga penerbangan dua arah antara Nanning dengan Malaysia dan Singapura setiap minggu.?

Menurut Ibu Pejabat Stesen Pemeriksaan Pintu Sempadan Guangxi, jumlah pengembara yang masuk dan keluar dari Guangxi terus meningkat sejak berkuatkuasanya dasar pengecualian visa antara China dengan Malaysia, Singapura dan Thailand, antaranya pengembara tanpa visa berjumlah lebih 110,000 orang termasuk lebih 33,000 orang warga asing.

Video

Berita Berkaitan