- Lain-lain
Misi Manusia Mendarat di Bulan Berjalan Ikut Jadual: CMSA
Kerja membangunkan pelbagai peralatan untuk misi pendaratan manusia di Bulan menjelang 2030 sedang giat dilaksanakan seperti dirancang, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Naib Pengarah CMSA Lin Xiqiang berkata pengeluaran dan sesi ujian prototaip peralatan utama termasuk roket pembawa Long March 10, kapal angkasa bermanusia Mengzhou, alat pendarat Lanyue dan sut angkasawan digerakkan dengan lancar.
Menurutnya, angkasawan yang akan terlibat dalam misi berkenaan perlu menguasai pelbagai kemahiran antaranya mengendalikan kapal angkasa Mengzhou dan alat pendarat Lanyue ketika keadaan normal dan kecemasan, keluar masuk kabin, berjalan di Bulan yang hanya mempunyai seperenam graviti Bumi, mengawal kenderaan perayau secara jarak jauh, mengambil sampel dan menjalankan penyelidikan saintifik di Bulan.
Tambah beliau, kerja memilih angkasawan simpanan kumpulan keempat sudah selesai dan butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.
- Misi Penerokaan Bulan Bermanusia China Berjalan Lancar
- Roket Long March-10 Capai Kemajuan Baharu Bagi Misi Pendaratan Bulan Bermanusia
- China Sasar Jayakan Misi Darat Bulan Bermanusia Menjelang 2030
- Saintis China Temui Bahan Kaca dari Tanah Bulan
- CNSA, APSCO Tandatangani Kenyataan Bersama Kerjasama Penyelidikan Bulan Antarabangsa
- China akan Laksanakan Fasa Keempat Projek Penjelajahan Bulan