- Lain-lain
Beijing Anjur Aktiviti Pertingkat Pertukaran Seni Budaya Rantau Lancang-Mekong (6)
Hadirin menyertai penciptaan karya seni ciptaan bersama. (People’s Daily Online/Wang Jing) |
Majlis pembukaan pertandingan Anugerah Seni & Rekaan Kerjasama Lancang-Mekong edisi kelima diadakan di Beijing pada Rabu.
Majlis diserikan dengan kehadiran Gao Anming, Ketua Editor China International Communications Group (CICG); Zhao Chenggang, Menteri Kaunselor Jabatan Asia, Kementerian Luar China; Zin Mar Htwe, Menteri Kaunselor Kedutaan Besar Myanmar ke China, dan Xia Jun, Pengarah Pusat Publisiti Kementerian Sumber Asli.
Difahamkan, aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan pertukaran seni dan budaya antara rakyat rantau Lancang-Mekong. Kali ini, tumpuan difokuskan kepada kerjasama tenaga serantau dengan tema “Green Power, Lancang-Mekong's New Day”, dan satu sesi pertandingan poster rekaan kecerdasan buatan (AI) diadakan buat pertama kalinya.
Para hadirin turut menyertai penciptaan satu karya seni besar yang kemudiannya akan diproses dan dipamerkan oleh Central Academy of Fine Arts China.
Untuk rekod, Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) merupakan satu mekanisme kerjasama subrantau yang melibatkan China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.
Ditubuhkan pada lapan tahun yang lalu, mekanisme itu kini mencapai hasil yang cukup lumayan.
Anugerah Seni & Rekaan Kerjasama Lancang-Mekong yang diperkenalkan pada 2020 juga telah menjadi aktiviti yang berpengaruh di rantau ini pada masa ini.
- LMC Dorong Pembangunan Bersama Negara-negara Berkenaan - Tokoh Politik Myanmar
- Li Qiang Hadir Mesyuarat Pemimpin Ke-4 Kerjasama Lancang-Mekong
- Li Qiang Bakal Hadir Mesyuarat Pemimpin LMC ke-4
- Mesyuarat Menteri Luar ke-8 LMC Sasarkan Kerjasama Multilateral
- Sidang Kemuncak Media LMC 2023 Dianjurkan di Beijing
- Sambutan Ulang Tahun ke-7 Kerjasama Lancang-Mekong di Myanmar
- Pameran Macadamia Berlangsung di Myanmar
- Myanmar Lancarkan Tujuh Projek Dana Khas LMC