- Lain-lain
Xinjiang Tawar Kereta Api Mewah Khas untuk Pelancong di Taklimakan (6)
Pelancong bergambar beramai-ramai di atas kereta api khas ppelancong New Orient Express. (Foto pusat media Syarikat Kumpulan Biro Kereta Api Urumqi China) |
Kereta api pelancong Y931, kereta api khusus pelancong New Orient Express pertama tahun ini yang menawarkan pelancongan kereta api berkualiti tinggi di sekitar Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, tiba di stesen di ibu kota wilayah Urumqi pada 6 April.
Ia sekali gus menandakan berakhirnya pelancongan lapan hari mengelilingi Gurun Taklimakan yang ditawarkan oleh kereta api yang membawa lebih 100 pelancong dari seluruh negara.
Kereta api pelancong itu melalui bandar di selatan Xinjiang seperti Kashgar, Aksu dan Korla, memberikan peluang kepadsa penumpang menikmati pemandangan mempesonakan destinasi pelancongan ikonik di sepanjang laluan itu.
Difahamkan, kereta api khusus pelancong New Orient Express tersebut mempunyai gerabak yang serba lengkap, termasuk bilik mandi peribadi, ruang istirahat karaoke dan bar.
Gerabak makan dalam kereta api tersebut turut menawarkan pengalaman gourmet dengan makanan istimewa yang menggabungkan kepakaran tempatan yang dicipta oleh chef. Pengunjung juga boleh menikmati servis bilik makan peribadi, dengan setiap hidangan terdiri daripada lapan hidangan dan satu sup, disertai dengan bir, wain dan champagne.
Kesemua gerabak kereta api pelancong tersebut dilengkapi dengan tempat tidur lembut, selain ruang yang luas untuk dua hingga empat penumpang, pancuran mandian dan tandas yang berasingan, serta kemudahan lain.
Gerabak ruang santai bar pula dilengkapi dengan piano dan bilik karaoke untuk meluangkan masa dengan penuh gaya.
Penumpang juga boleh menikmati perkhidmatan butler dan dobi, sementara pasukan perubatan di dalam kereta api pelancong menawarkan khidmat perundingan perubatan dan bantuan kepada penumpang.
Tahun ini, Syarikat Kumpulan Biro Kereta Api Urumqi China merancang untuk melancarkan 18 kereta api berlian emas dan berlian biru kelas New Orient Express khusus pelancong, serta 16 kereta api kelas berlian perak dan berlian biru di sepanjang laluan merentasi selatan dan utara kawasan Xinjiang.
- Persembahan Budaya Tradisional Etnik Uygur di Hami
- Meski Dikelilingi Daratan, Xinjiang Berjaya Ketengah Produk Akuatik
- Pesta Semai, Ambil Air Disambut di Xinjiang
- 11 Cadangan, Cermin Hasrat Petani dan Penternak Xinjiang
- Syarikat Milik Negara Tingkatkan Peruntukan Sokong Pembangunan Xinjiang
- Apa Jua Cubaan Barat, Xinjiang Terus Buka Pintu
- Riuh Taklamakan Selepas Telaga Minyak Lebihi 10,000 Meter
- Petani Xinjiang Keluarkan Batang Pokok Anggur Dari Tanah
- Xinjiang Rancakkan Pengangkutan Udara
- Lebih 1,000 Tren Kargo Melalui Pintu Horgos