- Lain-lain
Suntik Konotasi Baharu ke dalam Perkongsian Strategik Komprehensif China-Perancis
China bersedia meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan Perancis, memainkan peranan bimbingan diplomasi pemimpin, menyuntik konotasi baharu ke dalam hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Perancis dan melonjakkan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang ke tahap baharu.
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Perhubungan Luar Jawatankuasa Pusat PKC, Wang Yi berkata demikian ketika berhubung dengan Penasihat Hal-Ehwal Luar Presiden Perancis, Emmanuel Bonne melalui telefon pada Sabtu.
Wang Yi berkata, China dan Perancis harus memainkan peranan penting dalam menghadapi cabaran global. Beliau berharap Perancis dapat mendorong Kesatuan Eropah (EU) supaya terus mengamalkan dasar yang positif dan pragmatik terhadap China.
Emmanuel Bonne menyatakan, pihaknya bersedia mengambil peluang daripada sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara untuk meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, memperkasakan kesalingpercayaan, menggalakkan kerjasama pragmatik dan mewujudkan situasi menang-menang.
Beliau berkata Perancis dan China harus bekerjasama untuk meredakan ketegangan isu hangat, menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, memberi sumbangan untuk merapatkan jurang perbezaan antara Utara dengan Selatan dan mengelakkan konflik antara blok, serta memajukan hubungan Perancis-China dan EU-China.
- Xi Bertemu Presiden Yayasan Merieux
- Pameran Pertukaran Lawatan China-Perancis pada Abad ke-17, ke-18 Diadakan di Kota Larangan
- China, Perancis Sasar Kerjasama Lebih Mantap
- Wang Yi Bertemu Presiden Perancis
- Masa Depan Hubungan China-Perancis Lebih Cemerlang
- Ucapan Video Presiden Xi pada Resepsi Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Ikatan Diplomatik China-Perancis
- Xi, Macron Saling Ucapkan Tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Diplomatik China-Perancis
- Xi Sampai Ucapan Sempena Resepsi Rai 60 Tahun Hubungan China-Perancis
- Wang Yi Ucapkan Tahniah kepada Menteri Luar Perancis Baharu
- PM China Ucap Tahniah kepada PM Baharu Perancis