99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Rel China-Laos Mudahkan Hantaran Buah Segar

(CRI)Rabu 15 Mei 2024

Hantaran buah segar melalui pintu sempadan Mohan di provinsi Yunnan dikendalikan secara lebih efisien susulan penambahan tren rantaian sejuk oleh rel China-Laos.

Secara puratanya, terdapat tiga tren 'Ekspres Lancang-Mekong' beroperasi setiap hari bagi perkhidmatan logistik rangkaian sejuk.

Semasa tempoh puncak, jumlah tren akan bertambah kepada empat dengan membawa muatan melepasi paras 1,500 tan saban hari.

Bagi memenuhi keperluan pengangkutan buah cepat rosak seperti durian dan manggis, lebih 1,000 kontena peti sejuk diagihkan khusus untuk kegunaan tren ekspres berkenaan.

Dengan itu, buah segar yang diimport dari Laos hanya memerlukan 26 jam untuk sampai di tangan pengguna China.

Sejak awal tahun ini, volum import dan eksport barangan segar melalui rel China-Laos mencatat 64,000 tan, meningkat lebih dua kali ganda tahun ke tahun. Antaranya, buah segar diimport sebanyak 58,000 tan.

Landasan kereta api China-Laos merupakan laluan pengangkutan penting yang menghubungkan China dengan pasaran Asia Tenggara.

Pada Januari hingga April, hantaran kargo menerusi rel itu direkod sebanyak 6.55 juta tan, menokok 14.9 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan