99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kereta api China-Laos Tambah 50 Tempat Duduk

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 29 Januari 2024

Anggota rombongan pelancong dari Thailand mendaftar masuk untuk menaiki tren Kereta Api China-Laos di Vientiane, Laos pada Jumaat. (China Daily/Yang Tongquan)

Anggota rombongan pelancong dari Thailand mendaftar masuk untuk menaiki tren Kereta Api China-Laos di Vientiane, Laos pada Jumaat. (China Daily/Yang Tongquan)

Lebih banyak tempat duduk kini ditawarkan buat penumpang antarabangsa yang hendak menaiki kereta api laju yang beroperasi di laluan Kereta Api China-Laos. Langkah ini bagi memenuhi keperluan perjalanan antara kedua-dua negara menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina bulan depan, menurut pengumuman pihak pengendali, China Railway Kunming Group pada Sabtu lalu.

Sejak Jumaat, iaitu hari pertama dalam tempoh kemuncak lalu lintas sempena cuti panjang ini, kereta api berkenaan telah menambah sebanyak 50 tempat duduk – menjadikan jumlah keseluruhannya 350 – untuk penumpang rentas sempadan yang membuat perjalanan antara Kunming, ibu kota provinsi Yunnan di barat daya China, dan Vientiane, ibu negara Laos. Perjalanan ulang-alik antara kedua-dua bandar itu beroperasi sekali sehari setiap hari.

Tren tersebut mengambil masa kira-kira 9 jam 30 minit; bertolak dari Kunming pada pukul 8 pagi dan tiba di Vientiane sekitar 4.30 petang.

Tahun ini, Tahun Baharu Cina jatuhnya pada 10 Februari. Musim kemuncak lalu lintas Tahun Baharu Cina kali ini bermula pada Jumaat lalu dan berakhir pada 5 Mac. Rangkaian rel negara menjangkakan 480 juta perjalanan penumpang dalam tempoh 40 hari tersebut.

Ini juga tempoh kemuncak lalu lintas Tahun Baharu Cina yang pertama sejak Kereta Api China-Laos mula menawarkan khidmat kepada penumpang antarabangsa pada April tahun lepas.

Kakitangan yang bertugas di sepanjang laluan itu sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi “ujian besar” tahun ini.

Konduktor kereta api, Yi Bofeng memastikan kad ketibaan disediakan dalam bahasa Cina, Inggeris dan Laos untuk kemudahan penumpang di dalam tren supaya mereka dapat mengisi butir-butir sebelum tiba di Mohan, Yunnan atau Boten, Laos. Dua bandar sempadan ini merupakan tempat untuk penumpang melalui pemeriksaan imigresen dan kastam.

“Untuk menyediakan khidmat yang lebih baik kepada penumpang antarabangsa, kami telah menjalani latihan khas dalam bahasa Laos dan Inggeris. Selaku konduktor di satu laluan antarabangsa, saya juga mengasah lagi kemahiran berbahasa sebagai tanda profesionalisme,” katanya.

Sejak mula beroperasi, perkhidmatan yang ditawarkan laluan ini kepada penumpang antarabangsa telah menyaksikan kenaikan berterusan dari segi permintaan. Bulan ini, kadar isi tempat duduk tren yang membawa penumpang antarabangsa telah mencapai 93.1 peratus. Setakat ini, lebih 125,000 perjalanan penumpang telah dikendalikan dari 75 negara dan wilayah. Maklum China Railway Kunming Group, kebanyakan penumpang berasal dari China, Laos, Thailand dan Singapura.

Video

Berita Berkaitan