- Lain-lain
Xi, Putin Hadir Rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Upacara perasmian Tahun Budaya China-Rusia dan konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik kedua-dua negara berlangsung di Beijing pada Khamis.
Acara itu diserikan dengan kehadiran Presiden China Xi Jinping bersama rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin.
Xi dalam ucapannya berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran, koordinasi strategik komprehensif dan kerjasama saling untung adalah selaras dengan kepentingan asas dua negara dan rakyat, serta aspirasi masyarakat antarabangsa dan arus perkembangan zaman.
Beliau menyifatkan penganjuran tahun tematik di negara satu sama lain sebagai tradisi baik pertukaran sosiobudaya China-Rusia dan juga keistimewaan dalam sejarah perkembangan hubungan bilateral.
Menurut beliau, kedua-dua pihak bakal melancarkan siri program pertukaran budaya yang berwarna-warni bagi terus mencungkil potensi kerjasama budaya sesama negara. Usaha berkenaan dipercayai akan menyuntik momentum baharu untuk mewariskan persahabatan dari generasi ke generasi dan mengukuhkan persefahaman antara rakyat dua negara.
Sementara itu, Putin berkata hubungan Rusia-China mengumpul banyak pengalaman yang bernilai sejak ikatan diplomatik dijalin 75 tahun lalu, dan kini berada pada tempoh terbaik dalam sejarah.
Katanya, hubungan Rusia-China yang berlandaskan saling menghormati, sama rata dan saling mempercayai telah memacu pembangunan dua negara dan membawa limpahan manfaat buat rakyat, sekali gus menjadi suri teladan kepada hubungan antarabangsa.
Beliau turut menzahirkan kesediaan Rusia untuk memperdalam pertukaran sosiobudaya dengan China, meningkatkan pemahaman antara satu sama lain dan menggerakkan penaiktarafan kerjasama bilateral.
- Xi, Putin Bertemu Wartawan
- China, Rusia Keluarkan Kenyataan Bersama Mengenai Peningkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif untuk Koordinasi bagi Era Baharu
- Xi Adakan Pertemuan dengan Putin
- Putin akan Lawat China
- Li Qiang Ucapkan Tahniah kepada Perdana Menteri Rusia
- Martabatkan Kajian dan Penggunaan Bahasa Melayu, Kukukan Hubungan Diplomatik 50 Tahun Malaysia-China
- Mahasiswa Indonesia Corakkan Kehidupan Dalam Fesyen
- China, Rusia Setuju Kekalkan Pertukaran Pastikan Hubungan Kembang Lancar
- Wang Yi Kupas Lima Prinsip Hubungan China, Rusia
- Xi Utus Tahniah Putin Kekal Presiden Rusia