99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China-Thailand Bina Kilang 5G, Bantu Transformasi Digital Thailand

China-Thailand Bina Kilang 5G, Bantu Transformasi Digital Thailand
Gambar yang diambil pada 27 April 2024 menunjukkan bahagian dalam kilang 5G Midea Group di wilayah Chonburi, Thailand. (Foto/Xinhua)

Lengan robotik 5G melakukan operasi yang sepadan dengan tepat, sementara kenderaan berpandu automatik bergerak pula melangkaui laluan pratetap dan penanda fizikal untuk navigasi.

Ini adalah sebahagian daripada barisan pemasangan Midea Refrigeration Equipment Thailand, yang memberikan pengunjung pengalaman untuk menggunakan teknologi mewah automasi, pendigitalan dan kecerdasan.

Sebagai kilang 5G luar negara pertama pengeluar peralatan elektrik China Midea Group, kilang itu terletak di wilayah Chonburi, Thailand dan meliputi kawasan seluas kira-kira 208,000 meter persegi, dengan kapasiti pengeluaran tahunan yang dirancang keseluruhannya melebihi 4 juta unit.

Kilang bersambung sepenuhnya 5G itu dibina bersama oleh Midea China, China Unicom (penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama China), Huawei dan AIS iaitu operator mudah alih Thailand, sekali gus meletakkan penanda aras baharu terhadap sektor pembuatan pintar di Thailand di barisan hadapan dalam inovasi.

Ketua Jabatan Produk Teknologi Telekom Perusahaan di AIS, Asnee Wipatawate berkata bahawa syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat China untuk membina rangkaian 5G khusus untuk Midea, meliputi kawasan seluas kira-kira 160,000 meter persegi untuk memastikan saling sambung yang cekap terhadap talian pemasangan.

"Selepas menggunakan rangkaian persendirian 5G, setiap fasa pengeluaran disambungkan dengan lancar, dan kecekapan operasi turut dipertingkat sebanyak 15 ke 20 peratus," kata Vincent Cai, Pengurus besar Midea Refrigeration Equipment Thailand.

Menurut beliau, rangkaian persendirian 5G merangkumi ciri ketersambungan yang luas dan kependaman rendah, secara tidak langsung menyelesaikan kesesakan gangguan komunikasi melalui kaedah komunikasi tradisional.

Sistem pemeriksaan kecerdasan buatan (AI) 5G juga digunakan di kilang ini, dengan dilengkapi kebolehan mengenal pasti bentuk bahagian dan mengesan kedudukan bahagian melalui penderia laser, sekali gus mengurangkan kadar kerja semula sebanyak 75 peratus.

“Sebaik sahaja bahagian yang tidak layak untuk digunakan dijumpai, barisan pemasangan akan mengeluarkan amaran tepat pada masanya,” tambah Cai.

Dalam projek ini, pengendali telah memainkan peranan penting dalam memacu transformasi digital. Kesediaan rangkaian 5G Thailand telah menjadikan ia meletakkan sebagai pendahulu dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Eunice Tse, Pengurus besar China Unicom Operations (Thailand) Berhad berkata, pihaknya Unicom turut menyumbangkan kepakarannya dalam membina kilang pintar di China dengan sumber ekologi Thailand untuk meneroka aplikasi 5G dalam industri pembuatan di Thailand.

"Melalui kerjasama dengan syarikat China, kami dapat mempelajari pengalaman penggunaan teknologi baharu 5G. Pada masa hadapan, kami akan berkongsikan pengalaman ini untuk membantu lebih banyak syarikat Thailand dalam transformasi digital mereka," kata Asnee.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, kerajaan Thailand juga telah mencadangkan strategi Thailand 4.0. Dalam proses mempromosikan transformasi digital Thailand, syarikat China membantu Thailand membina ekosistem digital di bandar pintar, pengangkutan, tenaga, pendidikan serta bidang komersial.

"Kami telah melihat bagaimana 5G telah memainkan peranan penting dalam memacu transformasi industri. Sektor pembuatan telah menunjukkan potensi besar untuk pembangunan dan transformasi dengan penggunaan teknologi 5G," kata Woragarn Likhitdechasakdi, Ketua pegawai teknologi Huawei Thailand.

Tambah beliau, Huawei akan terus komited untuk bekerjasama dengan pelanggan industri, pengendali dan rakan kongsi untuk memacu pembangunan 5G di Thailand.

Video

Berita Berkaitan