- Lain-lain
China Seru Wujudkan Gencatan Senjata dan Selesaikan Bencana Kemanusiaan di Gaza
Wakil China menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan selanjutnya untuk mewujudkan gencatan senjata di Gaza bagi menyelamatkan nyawa dan menyelesaikan bencana kemanusiaan di sana.
Wakil Tetap China ke PBB Fu Cong ketika berucap pada sesi Majlis Keselamatan pada Rabu berkata, Israel tidak mempedulikan bantahan keras masyarakat antarabangsa dan berkeras melancarkan pengeboman terhadap lebih 10 kem pelarian di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa yang teruk. China membantah keras tindakan Israel tersebut.
Beliau menekankan bahawa China menentang tindakan yang mempolitikkan isu kemanusiaan, menjadikan kebuluran sebagai senjata, atau menjadikan bantuan kemanusiaan sebagai cip perundingan.
Fu menggesa Israel agar memikul tanggungjawabnya sebagai pihak pendudukan, membuka dengan segera kesemua laluan di sempadan darat, menjamin kemasukan barang bantuan dengan cepat dan cukup, di samping menjamin keselamatan organisasi dan individu kemanusiaan serta pengedaran yang selamat dan teratur barang-barang bantuan.
- China Desak Israel Hentikan Serangan terhadap Rafah
- Guterres Alu-alukan Barang Kemanusiaan Diangkut ke Gaza
- Sekurang-kurangnya 39 Maut Pengeboman Israel
- China Gesa Noktahkan Kesengsaraan Rakyat Palestin
- 80 Peratus Hospital di Gaza Henti Operasi
- China Sokong UNSC Bahas Semula Permohonan Palestin Anggotai PBB
- Protes di Kampus AS, Lebih 2,000 Ditangkap
- Perang Bantut Pembangunan Gaza Berdekad-dekad: PBB
- Israel Lancar Serangan Terhadap Rafah, 19 Maut
- Kira-kira Seratus Penunjuk Perasaan Pro-Palestin Ditahan Polis