- Lain-lain
Kenyataan Filipina Memutarbelitkan Fakta Sejarah
Kenyataan Presiden Filipina berkaitan Laut China Selatan mengabaikan sejarah dan fakta, mempromosikan pendiriannya yang salah, dan memutarbelitkan situasi di laut.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China ketika mengulas kenyataan Presiden Filipina Marcos semasa Dialog Shangri-La ke-21 yang menyebut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut dan keputusan kes timbang tara berhubung Laut China Selatan mengiktiraf hak sah Filipina dan merupakan asas dasar Laut China Selatan Filipina.
Menurut jurucakap, China mempunyai kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan ke atas kepulauan di Laut China Selatan dan mempunyai hak kedaulatan dan pentadbiran atas perairan yang berkaitan.
Lingkungan wilayah Filipina tidak termasuk kepulauan Laut China Selatan. Apa yang disebut keputusan kes timbang tara berhubung Laut China Selatan adalah haram dan tidak sah.
Dalam pada itu, Filipina perlu bertanggungjawab terhadap situsi yang menjadi tegang di Laut China Selatan baru-baru ini.
Menurutnya, pada masa ini, dengan usaha bersama China dan negara-negara ASEAN, situasi di Laut China Selatan adalah stabil pada keseluruhannya. China akan terus menjaga dengan tegas kedaulatan wilayah dan hak dan kepentingan maritimnya, dan pada masa yang sama, sentiasa komited untuk menangani pertikaian maritim melalui rundingan dengan negara-negara yang terlibat secara langsung berdasarkan prinsip menghormati fakta sejarah.
- CCG Kawal Perahu Filipina yang Ceroboh Perairan China
- Pengawal Pantai China Jalan Latihan Penyelamatan di Sekitar Pulau Huangyan
- Filipina Perlu Tepati Janji: MFA
- Penjelasan CCG tentang Gerak-geri Perkapalan Filipina di Perairan Terumbu Ren'ai
- China Pertahan Hak Kedaulatan ke atas Pulau Huangyan
- Spekulasi Filipina Berhubung Apa yang Disebut Kejadian Penggodam China Amat Tidak Bertanggungjawab
- Kapal Pengawal Pantai Filipina Diusir dari Perairan Pulau Huangyan
- Filipina Digesa Hentikan Provokasi dengan Segera
- China Membantah Keras Ucapan Presiden Filipina Berkaitan Taiwan
- China Gesa Filipina Kendalikan Situasi Maritim dengan Kaedah Betul